WELCOME TO MY BLOG

Wednesday, February 25, 2009

Saya lemah bila terkenang kamu

KENANGAN AKU DAN KAMU [part 1]

Ini adalah kisah benar yang mungkin kamu tidak pernah tahu..bagaimana detik pertemuan aku dengan kamu bermula..bagaimana aku sendiri melupakan maluku untuk dekat dengan kamu..kamu bukanlah apa2..kamu hanyalah insan biasa seperti teman2 kita dahulu..tapi aku tetap memilih kamu..betapa istimewanya kamu pada diriku dulu..tahukah kamu pertemuan aku dengan kamu buat pertama kalinya..saat aku melihat kamu dahulu ada suatu tarikan yang aku sendiri tidak dapat ungkapkan..apa yang mampu ku ucapkan, perasaan itu ibarat "cinta pandang pertama"..namun kerana maluku yg menyelubungi diri ini, kupendam segalanya sehinggalah suatu ketika aku sendiri terlepas kata kepada teman baekku..atas dorongan teman aku itulah aku memberanikan diri untuk cuba mengenalimu dengan lebih rapat..kamu tahu bagaimana aku mengetahui tarikh lahirmu??kerana terlalu ingin mengetahui lebih tentang kamu, sanggup aku mencuri melihat buku rekod kehadiran yg dipegang oleh guru kelas kita dahulu...dengan pantas aku dapat melihat nama dan tarikh lahirmu..sepantas kilat memori mindaku menyimpan angka itu..dah sampai hari ini aku tidak pernah lupa akan angka itu iaitu tarikh hari lahirmu..mungkin kamu ingin tahu mengapa aku perlu tahu semua itu??itu adalah langkah pertama aku untuk cuba mengenali dirimu..ku tunggu sehingga hari lahirmu hadir dan bila saat itu tiba, ku mulakan langkah dengan melayangkan sekepind kad hari jadi yang aku beli 2 bulan awal disebabkan aku jarang keluar..masih ku igt kad itu aku beli di mydin setiawangsa (kalau x silap la tapi mmg kat mydin) berikutan waktu itu aku dalam perjalan pulang daripada pertandingan nasyid di asbkj...kamu tahu saat tiba hari lahirmu, kad itu kusampaikan kepada seorang teman kita dahulu "rokni" untuk diberikan pada kamu..aku tak pasti adakah kamu dapat kad itu atau tidak...tapi 2 hari selepas itu aku dapati dari sumber yg aku sendiri tidak pasti betul ataupun tidak..kad itu telah kamu serahkan pada seorang teman yg sama hari lahirnya dengan kamu "borhan"..kamu tahu betapa sedihnya diri ini bila kad yg aku beli khas untuk kamu diberikan kepada orang lain..dan bermula saat itu aku mula menjauhi kamu..aku mula sedar dengan pepatah "bertepuk sebelah tangan tak akan menjadi"..maka disebabkan itu aku berhenti berharap sehinggalah pada suatu hari kamu telah ......

akan bersambung....

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...