WELCOME TO MY BLOG

Saturday, February 28, 2009

Tired

salam..aKU kembali di sini lagi..baru lepas mencoret sebuah cerita bersiri di blog ni..kisah benar tentang diri aku dan kenangan lalu..sekadar suka2 supaya di masa hadapan aku ada kenangan yang tertulis di sini..di samping mengisi masa aku yang terluang ini..walaupun hari ini aku agak keletian sedikit akibat tidak cukup tdo gara2 bertungkus lumus menyiapkan 1st draft report aku yg tggal 20% lagi nak siap..aku pun tak tau bila nak sambung balik buat report ni..letey beb..kelas siang tadi agak borink ..walaupun aku tau kelas ni mmg borink tapi aku tetap pergi sebab kat cini la nak jumpe kwn2..hehe..sbb kat hostel masa aku lebih di bilik aku jer..so kelas ni jer yg dapat menemukan aku dengan teman2..lagipun tggal 2 bulan lebey jer masa bersama...lepas ni tak tau la boley jumpe lg ke tak..hanya kenangan yang akan merubat rinduku nanti bersama teman2 sepanjang aku belajar di sini..so lepas balik kelas td my sis call bz bg tau info pasal kpli..bukan aper aku ader bg tau dia nak sambung buat kpli lepas habis belajar ni..dia just bg suggestion jer..cube2 tgk tuk lect politeknik padahal aku dah penah usha da pun..tgk la mcm mner..perancangan awal aku mmg nak sambung bhgian pendidikan..nak sambung master aku x tk mampu kot...
k la continue later for another story..wassalam

Kenangan aku dan kamu [part 2]

++++aku berhenti berharap setelah aku dapati kamu tidak berminat dengan ape yg telah aku lakukan..tapi pada suatu hari aku telah mendapat sepucuk surat dan setelah aku membaca isi kandungan dan siapa gerangan penyampai surat tu..harapan aku mula berbunga kembali walaupun aku sedikit pelik dengan perubahan kamu secara tiba2..apa yang aku masih ingat sebaris ayat mengatakan "i'm still loving u"..agak pelik sbb sebelum ni kita tak pernah ada apa2 pun hubungan tapi sebaris ayat ini memberi sedikit harapan kepada aku untuk memulakan kembali hubungan bersama kamu..harapan aku tidak sia2 dan kita telah memulakan hubungan yang dipanggil "cinta" itu..maafkan aku kerana sepanjang tempoh hubungan itu aku tidak dapat memenuhi segala permintaan kamu sepenuhnya..tidak seperti pasangan2 yang laen..aku perlu menjaga status aku sebagai pengawas sewaktu zaman sekolah kita dahulu..aku perlu memastikan rekod aku bersih..tapi yang pasti kamu tidak pernah lepas dari pandangan aku walaupun dari kejauhan..aku mempunyai spy yg akan bercerita tentang kamu setiap hari..kamu tahu kita bernasib baek kerana tidak pernah kantoi dengan warden di asbt dulu..kita sedia maklum hubungan seperti ini dilarang sewaktu zaman persekolahan kita..hubungan aku dan kamu berjalan lancar sehinggalah suatu hari aku telah membuat kamu berkecil hati..tindakan aku yang aku rasa agak kasar bg kamu ptg itu telah membuatkkan kamu bertindak sesuatu di luar jangkaan aku keesokannya..kamu tahu seperti biasa selepas assembly pg aku akan masuk lewat sedikit ke dalam kelas atas urusan yang perlu aku laksanakan..setiba aku di klas aku dapati terdapat tulisan di meja aku..kamu masih igt lagi apa yang kamu tulis??"C.L.A.S.H" satu perkataan yang cukup membuat seluruh tubuh badanku lemah..tiada kata yang dapat kuluahkan saat itu..kamu tahu mujur ada seorang teman kita dulu sudi berkongsi masalah dengan aku tentang dirimu..di depan teman itu air mata aku mengalir meluahkan apa yang tersirat dan apa salahku sehingga kamu bertindak begitu..kamu mesti mau tahu siapakah dia ..kamu masih ingat "abie"?? dia jugalah org yg membangkitkan kemarahan kamu kerana cuba meleraikan kekusutan antara kita..aku tak pasti sama ada kamu masih ingt lagi tentang ini..dan aku mahu kamu tahu aku tak pernah lupa semua ini sehingga hari ini..kerana itulah kali pertama aku merasakan frust yg tersangat2 terhadap apa yang telah kamu lakukan..tapi aku masih lagi berharap hubungan ini dapat diselamatkan..bagi aku tindakan kamu hanya menulis perkataan itu di atas meja aku sebagai pengecut kerana kamu tidak berani berdepan sendiri dengan aku..sehinggalah suatu hari aku menyampaikan pesanan kepada seorang teman kita untuk bertemu kamu di kelas aku++++++++


bersambung lagi

Wednesday, February 25, 2009

Saya lemah bila terkenang kamu

KENANGAN AKU DAN KAMU [part 1]

Ini adalah kisah benar yang mungkin kamu tidak pernah tahu..bagaimana detik pertemuan aku dengan kamu bermula..bagaimana aku sendiri melupakan maluku untuk dekat dengan kamu..kamu bukanlah apa2..kamu hanyalah insan biasa seperti teman2 kita dahulu..tapi aku tetap memilih kamu..betapa istimewanya kamu pada diriku dulu..tahukah kamu pertemuan aku dengan kamu buat pertama kalinya..saat aku melihat kamu dahulu ada suatu tarikan yang aku sendiri tidak dapat ungkapkan..apa yang mampu ku ucapkan, perasaan itu ibarat "cinta pandang pertama"..namun kerana maluku yg menyelubungi diri ini, kupendam segalanya sehinggalah suatu ketika aku sendiri terlepas kata kepada teman baekku..atas dorongan teman aku itulah aku memberanikan diri untuk cuba mengenalimu dengan lebih rapat..kamu tahu bagaimana aku mengetahui tarikh lahirmu??kerana terlalu ingin mengetahui lebih tentang kamu, sanggup aku mencuri melihat buku rekod kehadiran yg dipegang oleh guru kelas kita dahulu...dengan pantas aku dapat melihat nama dan tarikh lahirmu..sepantas kilat memori mindaku menyimpan angka itu..dah sampai hari ini aku tidak pernah lupa akan angka itu iaitu tarikh hari lahirmu..mungkin kamu ingin tahu mengapa aku perlu tahu semua itu??itu adalah langkah pertama aku untuk cuba mengenali dirimu..ku tunggu sehingga hari lahirmu hadir dan bila saat itu tiba, ku mulakan langkah dengan melayangkan sekepind kad hari jadi yang aku beli 2 bulan awal disebabkan aku jarang keluar..masih ku igt kad itu aku beli di mydin setiawangsa (kalau x silap la tapi mmg kat mydin) berikutan waktu itu aku dalam perjalan pulang daripada pertandingan nasyid di asbkj...kamu tahu saat tiba hari lahirmu, kad itu kusampaikan kepada seorang teman kita dahulu "rokni" untuk diberikan pada kamu..aku tak pasti adakah kamu dapat kad itu atau tidak...tapi 2 hari selepas itu aku dapati dari sumber yg aku sendiri tidak pasti betul ataupun tidak..kad itu telah kamu serahkan pada seorang teman yg sama hari lahirnya dengan kamu "borhan"..kamu tahu betapa sedihnya diri ini bila kad yg aku beli khas untuk kamu diberikan kepada orang lain..dan bermula saat itu aku mula menjauhi kamu..aku mula sedar dengan pepatah "bertepuk sebelah tangan tak akan menjadi"..maka disebabkan itu aku berhenti berharap sehinggalah pada suatu hari kamu telah ......

akan bersambung....

Tuesday, February 24, 2009

Kenape saya suka tulis blog??

j:blog adalah tempat di mana aku meluangkan masa yang terluang ..meluahkan apa yang terpendam..menguraikan apa yang terkusut..di sinilah segala yang tersirat akan tersurat..di sini jugalah segala rahsia yang tak pernah terucap akan terungkai..orang cakap blog ni hanya bg mereka yg suka menulis..terserah kepada masing2 untuk menterjemahkannya..mungkin jugak betul..kalau ikutkan sejarah aku, aku lebih berminat pada penulisan bahasa melayu..dulu, kalau diberi pen dan kertas kadang2 aku mampu mengarang satu puisi yg aku sendiri tidak tahu dari mana datangnya idea2 sebegitu..tapi itu hanya akan hadir pada saat2 tertentu sahaja..begitu juga dengan blog ni..blog ni akan hanya tertulis bila idea2 baru menjelma..cara dan bgaimana blog ini dieskpretasikan bergantung kepada mood semasa aku menulis blog ini..mungkin waktu tu aku tgh bersedih..mungkin jugak geram..mungkin jugak sangat gembira..jangan salah sangka terhadap apa yg tertulis..mungkin dengan cara sebegini dapat memberi sedikit kepuasan kepada kami [bloggers]..ada sebab kenapa kami punya blog sendiri..cuba dan rasai apa yg kami rasai..anda pasti akan paham satu hari nanti..

P/s: sekarang tulis blog ni dah jadi hobi..banyak masa aku di sini dari buat report aku yg tah bila nak siap2 tah...

Sunday, February 22, 2009

MiMpi

2 malam berturut-turut aku bermimpikan spesis binatang yg palinG aku geruni.."ULAR"..malam pertama aku bermimpikan seekor ular sawa yang sedang kekenyangan sedak asyik melihat aku..malam berikutnye aku nampak banyak sgt spesis ular tedung..ada orang yg berpendapatan kalau bermimpikan ular ni bermaksud tentang jodoh..boley percaya ke mimpi2 ni..bukankah mimpi tu hanya mainan tido??disebabkan mimpi ni, aku telah mencari tafsiran mimpi yang aku alami ni dalam internet..mungkin mimpi ni memberi gambaran atau petunjuk..tapi terpulang kepada anda untuk percaya atau tidak pada tafsiran ni..tafsiran ni tak boley diguna pakai atau dipercayai 100%..hanya sekadar suka2


sumber pertama

Mimpi Ular
Jika anda seorang jejaka atau seorang gadis bermimpi melihat atau digigit ular, bermakna akan segera mendapat pasangan atau jodoh. Dan bila anda telah bernikah bermimpi demikian, bermakna akan memperoleh kemakmuran hidup.


sumber kedua

-Jika bermimpi digigit ular, maka pertanda akan mendapatkan pasangan hidup.
-Jika bermimpi melihat ular yang banyak, maka pertanda akan mendapatkan kebahagiaan yang tak terduga.
-Jika bermimpi dikejar ular, maka pertanda ada seseorang yang mencintai Anda.
-Jika bermimpi melihat ular masuk rumah, maka pertanda akan kedatangan tamu yang membawa kebahagiaan.
-Jika bermimpi melihat seekor ular naga, maka pertanda akan mendapatkan keberuntungan atau mendapatkan seorang anak yang bijaksana.
-Jika bermimpi dikejar seekor ular naga, maka pertanda akan mendapatkan rejeki.
-Jika bermimpi melihat ular naga yang sedang tidur, maka pertanda akan mengalami kerugian dalam usaha.
-Jika bermimpi dililit ular, maka pertanda akan melaksanakan hajat.

P/s :Kedua-dua sumber memberikan maksud yang hampir sama..mimpi aku ni boley dikategorikan yg mne satu eh????

Thank you for all of your birthday wishes.

Today I have received many kind wishes for my birthday and want to thank all those who have sent messages or e-mails; they are really appreciated.. . thanks to my housemate , linda and kay for the delicious cheese cake last nite… A big “Thank You” to my best buddy “azhar & hadi” for accompanying and celebrating my birthday with me today. I never expect the celebration such like that..i just got the invitation from hadi last nite to go out to Kangar and lunch together with azhar…but we’re not just celebrate my besday at Kangar only..guess where we go???to jitra mall..out of their [hadi+azhar] plan..hehe..sory guys..”Contract is still contract”..we know the real story rite…by the way i really2 enjoy it..thanks a lot!!!!!!


The delicious cheese cake..Thanks to my housemate, linda and kay ..i will never forget for this celebration..love u all so much..muahhhh!!!!


Thanks to my best buddy [Hadi and azhar] for this cake


Besday gurl...23rd..

Thanks guys...


My present and card wishes from my best buddy



Friday, February 20, 2009

HaPPy BiRThDAy SweeT gUrl

Happy BiRThday TO mE YG ke-23...thanks to all my friends yg wish besday tu..i love u all..muahhh..hehe......kalau sepuloh tahun lepas umur aku baru jer 13 tahun..skang dah 23 tahun..tibe2 rase sebak sgt..tak tau nak ckp mcm mner ..sebak kerana terlalu gembira, ataupun terlalu sedih..yg pasti kesedihan tu melebihi kegembiraan yg sepatutnyer...haruskah aku raikan hari ini dengan linangan air mata...masih adakah kenangan indah yg dapat dicipta ..to azliza thani.. i wish u happy always n sentiasa dimurahkan rezeki..be ur self..love ur self..

Thursday, February 19, 2009

Kelas Batal

pagi tadi, dengan semangatnyer aku bngn pagi nak pg kelas even mmg tgh mengantuk giler kesan dari tdo lewat mlm smlm..yg x bestnyer aku dah sampai sekali kelas takdok... hangin tul la..patutla aku berbelah bg nak pg ke tak pagi tadi..nasib la bukan aku sorang je yg terkena..haha..apelagi me with my rumate+paie+asma pg "dragon" pekena koteow n bihun sup kat situ dulu sementara tggu bas nak balik..sampai rumah lak bajet nak sambung tdo, tp lepak2 sat tgk "BEREK" kat bilik ida..then baru sambung tdo..igt nak tdo kejap jer tp dah terlajak plak..ni aku baru jer bgn [4:30 pm] terus bukak pc ni n ngadap blog ni..k la igt nak sambung buat assignment aku yg tergendala smlm...daaaaaaaaaa

Tuesday, February 17, 2009

Trip to Langkawi Island [14-15 feb 2009]

Gambar ni kat dalam feri b4 bertolak ke Langkawi..feri gerak 8:00 am..kitaorang sampai lebey kurang kul 7:50 am..nasib baek sempat..kalau tak kene tggu pukul 9:00 am untuk tggu feri seterusnyer..

Lebey kurang pukul 9 kitaorang dah pun sampai kat jeti langkawi..apelagi bergambar dulu tu wat kenang-kenangan
Baru jer sampai dah nak bersoping???hehe..ni cuba2 jer..x beli pun..nak bergambar jer..linda ngan kay yg beli..aku tgk2 jer cuci mata
Disebabkan cuaca yg agak panas, so mereka2 ni ni nak wat persediaan la..beli spec hitam..nasib aku dah ada..so tak yah nak beli2 lg..hehe..

Guess..kitaorang naek aper ni????emm x yah teka la..ni la kete "serena"..kalau nak tau, kat langkawi berlambak-lambak kete ni org pakai wat sewa..

yeh..ni la pemandu kitaorang..cakap jer nak pg maner..dia bawakkan..hehe

ni plak tukang tunjuk arah ..hehe..siap kene tgk peta..boley caya ker ni??hehe

1st destination..ni kat makam mahsuri..belakang tu ader rumah mahsuri

ni la makam mahsuri...

Second destination...lepas check in, lebey kurang kul 2 lebey bertolak ke cable car..1st time naek cable car ni..ni destinasi wajib pergi kalau pergi langkawi

Happynyer time nii..hehe..dh kat atas ni...gayat jugak dibuatnyer..time ni cuaca ok lagi..bila dah nak turun tiba2 kabus tebal..wah cuak betul time tu..

Pas turun dari cable car..waktu on da way nak balik ke penginapan kitaorang, nampak plak gerai tepi pantai ni.. ape lagi lepak2 pekena laksa n air kelapa..

Aktiviti ptg plak..dak2 ni sibuk nak main boat pisang..hehe [banana boat]..6 lebey baru dapat maen nak kene tggu turn..selagi x naek banana boat tu,diorang x mau mandi...huhu..

dah nak malam ni..sume cam x mau balik jer...

Malam ni makan besar cikit..coz penat seharian berjalan..hehe..

aku n kay..jalan2 makan angin

ni kat underwaterwall..x masuk..duk kat tangga jer la..dah kul sploh lebey da..sjer nak bergambar jer

Hari ke-2 ..ni dalam boat nak pi island hopping..

Maen solar boat kat tasek dayang bunting ...guna solar pun kena kayuh gak..lenguh kaki..huhu

Massage ikan keli..x dan ikan tu nak massage aku dah jerit lari..ye la kalau nak pegang hidup2 pun aku takut..tapi kalau dah siap masak bley..hehe

Bukti aku dah sampai kat tasik dayang bunting..pulau langkawi

Beras basah Island..



Last destination..ni kat dataran Lang

Destinasi wajib ader dalam album gambar..bukti dah sampai kat Langkawi

Bergambar lagi

Dah nak balik ..penat ni..


P/S...akhirnya plan nak pg langkawi dari sem lepas jd jugak..Thank to all my friends ...to ina, linda, kay, diha, paie, ida n tkah...korang mmg sporting..i love u so much..muahhhhh!!!

Saturday, February 14, 2009

Waiting for the journey to Langkawi Island

emm lebey kurang 8 jam lagi me n my best buddy nak gi Langkawi..x sangka jadi jugak planning kitaorg nak gi sane since semester lepas..thanks to linda yg bertungkus lumus untuk lawatan ni..aku adalah org yg paling happy sekarang coz dari dulu lagi nak pg sana with kawan2 n lepak2 kat sana..lagipun alang2 dah kat perlis ni, amik la peluang ni..pasni dah jauh susah lak nak dtg citu lagi..so sebelum habis belajar kat cini nak gunakan sehabis baek peluang yg ader tuk lawat tempat2 menarik kat cini..Kalau ikutkan ni dah masuk kali ke-4 aku pg langkawi..tp time tu terikat dengan aktiviti wajib yg terpaksa aku ikut..so kali ni plan sendiri nak pg sane..nasib ramai yg sependapat dgn aku n nak join sekali..kali ni total 8 orang yg nak pg sane..ok la kan..ramai2 sgt susah plak nak handle..hehe..k la nak tdo awal cikit mlm ni..esok pagi2 dah nak bgn..just doakan keselamatan pejalanan kitaorg kat sane..i will back with my new story after that visit..tata..

Thursday, February 12, 2009

Masih adakah C.I.N.T.A sejati..


Bila masuk bulan febuari jer..mulalah macam2 iklan dalam tv yg berkaitan dengan "love" ni..x kurang hebatnyer pasangan kekasih semakin tidak sabar menunggu 14 febuari..valentine day la katakan..hari untuk berkasih sayang orang kata..walaupun masing2 tau sejarah sebenar tarikh tersebut..tapi ader diorang kesah sume tu??
Yang pasti dah pasti macam2 plan dah dibuat nak celebrate hari tu..Malam tadi aku berkesempatan tgk rancangan ALLY yang disiarkan di tv3 jam 11 mlm ..1st time aku tgk rancangan ni..bukan tak tau kewujudannya selama ni, cuma x berkesempatan nak tgk..sekarang dah x jadi masalah sebab kat rumah dah boleh tgk tv..dulu x ada..emm berbalik pada rancangan ALLY, topik yg dibincangkan "masih adakah cinta sejati zaman sekarang ni"..tetamu jemputan jue aziz n wan nor azlin...kenape diorang jadi tetamu undangan eh??mestila sbb masing2 ader kisah cinta msg2..kalau jue aziz tu pasal kisah cinta yg x sampai ke penghujung n wan norazlin plak masih menunggu suami yg menghilangkan diri entah ke mana sedangkan tau keburukan suami dia...bagus jugak topik perbincangan ni..tapi yg menarik bila slot ellyana buat ucapan kat ally n bila ada penonton direct tnyer soalan kisah cinta ally-ellyana ..nak tak nak ally kene jawab jugak..siaran langsung lak tu..hehe..cian kat ally..aku plak suka kalau topik2 macam ni dibincangakan..bukan apa kehidupan ni x akan lari dengan perasaan C.I.N.T.A..cinta boleh dikonotasikan secara pelbagai..lain orang lain maksudnyer..persoalannya masih adakah cinta sejati ni..kalau tanyer aku yg x berapa berpengalaman ni, cinta ni menuntut pengorbanan dan tanggungjawab..sebelum kawin segalanya indah..lautan api pun sanggup direnangi, tapi bila dah kawin laen la plak..orang cakap cinta sebelum kawin dan selepas kawin ni berbeza..kalau sebelum kawin ni dialah segalanyer..masa ni la nak berkasih sayang..masa untuk berdua..tapi bila dah kawin lebih kepada tanggungjawab...tanggungjawab kepada suami@ isteri, anak, keluarga suami@isteri dan mcm2 la.. ni org ckp la..aku cuma sampaikan disini jer untuk berkongsi pandangan..bagi aku plak..pengalaman cinta dulu memberi pengajaran yang terlalu banyak bg aku sehingga aku letih nak pk pasal ni..hati ni dah tertutup untuk bercinta lagi..betul la katanya kita mengambil masa sesaat untuk menyukai seseorang tapi mengambil masa yg panjang untuk melupakannya..tapi bila perasaan untuk bercinta itu dtg lagi, aku perlukan masa yang panjang untuk pk kembali..aper pun aku masih berharap cinta itu akan datang sendiri pada aku tanpa perlu aku mencarinya..aku dah letih nak mencari cinta.tapi yg pasti cinta ku padaNya tidak akan pudar sehingga nafasku yg terakhir..

CinTA dan KeHidupan

Mungkin tuhan sengaja mahu kita berjumpa dengan orang yang salah sebelum menemui insan yang betul supaya apabila akhirnya kita menemui insan yang betul, kita akan tahu bagaimana bersyukur dengan nikmat dan hikmat di sebalik pemberian tersebut.Apabila salah satu pintu kebahagiaan tertutup, yang lain akan terbuka tapi lazimnya kita akan memandang pintu yang telah tertutup itu terlalu lama sehinggakan kita tidak akan nampak pintu yang lain yang telah terbuka untuk kita.kawan yang paling baik ialah seseorang yang kita boleh duduk di dalam buaian dan kita boleh duduk bersama tanpa berkata apa-apapun dan kemudian berjalan pulang dengan perasaan bahawa itulah perbualan yang paling hebat yang pernah dialami.Memang benar kita tidak akan tahu apa yang kita rindukan sehinggalah kita kehilangannya dan juga bahawa kita tidak akan tahu apa yang kita rindukan sehinggalah “ia” datang kepada kita.Memberi seseorang seluruh cinta anda bukanlah satu kepastian yang mereka akan mencintai anda kembali, tapi sekiranya ia tidak pastikanlah ia terus mekar didalam hati anda. Ia cuma mengambil masa seminit untuk jatuh hati pada seseorang, satu untuk menyukainya, tetapi ia mengambil masa yang panjang untukmelupakannya. Jangan pandang pada kecantikan kerana boleh jadi ianya palsu.Jangan kejar kemewahan kerana ianya akan susut. Carilah seseorang yang boleh membuatkan anda tersenyum kerana ia Cuma memerlukan sekuntum senyuman mencerahkan hati yang suram.Akan tiba satu ketika di dalam kehidupan apabila anda teramat rindukan seseorang sehingga anda ingin menggapainya dalam dalam mimpi dan memeluknya dengan sebenar.Mimpilah apa yang anda ingin mimpikan, pergilah ke mana yang anda ingin tujui dan jadilah apa yang anda inginkan kerana anda hanya memiliki satu kehidupan dan satu peluang untuk melakukan semua perkara yang anda ingin anda lakukan. Semoga anda memiliki kebahagiaan yang cukup untuk membuatkan diri anda menarik, percubaan yang cukup untuk membuatkan anda kuat, kesedihan yang cukup untuk memastikan anda adalah seorang insan, dan harapan yang cukup untuk membuatkan anda bahagia.Selalu bayangkan anda di dalam kasut seseorang jika anda rasa ianya menyakitkan anda, fikirlah mungkin ia akan menyakitkan orang lain juga. Kebahagiaan seseorang juga tidak semestinya dalam mamiliki segala yang terbaik. Mereka hanya mambuat yang terbaik dalam hampir apa saja yang datang dalam hidup mereka. Kebahagiaan terletek pada mereka yang menangis, mereka yang terluka, mereka yag telah mencari dan mereka yang mencuba.Hanya mereka yang boleh menghargai kepentingan manusia yang telah menyentuh hidupa mereka. Cinta bermula dengan senyuman, mekar dengan ciuman dan berakhir dengan tangisan. Masa depan yang cerah sentiasa berteraskan kehidupan yang lalu yang telah dilupakan. Anda tidak boleh meneruskan kehidupan dengan sempurna sehingga anda melupakan kegagalan dan kekecewaan masa silam. Semasa anda dilahirkan anda menangis dan orang di sekeliling anda tersenyum. Teruskanlah kehidupan anda supaya apabila anda mati, andalah yang akan tersenyum dan orang disekeliling anda pula akan menangis.

Monday, February 09, 2009

"BILA NAK BUAT 1ST DRAFT REPORT NI"




buku2 yg berjaya dicari menggunakan opac



Bila aku terlalu addicted dengan blog ni terlupa plak yang aku ada keje yg lagi penting yg perlu aku utamakan..dari hari ke hari niat di hati mmg nak mula buat report projek tahun akhir yang perlu dihantar hujung bulan ni..tapi anasir2 luar terlalu kuat menggoda aku dan sekaligus buat aku jadi sedikit alpa..hari berganti hari tggal 3 mnggu lagi untuk bulan 2 berakhir..cukupker masa yg ada untuk aku siapkan report ni??..apa2 pun persediaan untuk buat report ni dah ada..ape erk??baru2 ni aku telah pun ke library mencari sumber2 yg perlu untuk membantu aku menyiapkan report ni..emm al-kisah kali ni, aku telah dapat mencari buku2 yg berkaitan dengan cepat dan mudah..nape eh??..hehe..sebenarnyer aku baru tau menggunakn kemudahan teknologi kat library tu dengan betul..kemudahan teknologi [opac] yg disediakan selama ni bg aku x bnyak membantu sehinggalah seorang kawan aku memberitahu aku cara sebenar untuk guna..hehe..bayangkan dah tahun akhir aku kat sini baru tau nak guna opac..bukan apa, biasanya buku2 yg aku nak cari tu aku dh tau kat mana letaknyer..magic kan..hehe..sebenarnyer kalau setakat nak cari buku berkaitan dengan bahan, komposit, polimer ker aku dah tau kat bhgn maner..so watper nak susah2 nak guna opac tu sedangkan kita dah tau tempat buku2 tu..apa2 pun thanks to my friend yg telah mengajar aku menggunakan opac tu..hehe..so bila dah pandai guna opac ni banyak buku yg aku nak, dapat dicari dengan mudah dan cepat..tapi untuk buku2 yg berkaitan dengan fyp aku ni, aku dapat 2 jer..so pinjam 2 jer la..then nak tambah koleksi buku yg aku pinjam, terasa nak baca novel..so aku pinjam satu novel melayu n satu novel BI ..total =4..emm tarikh nak pulangkan buku2 telah jatuh pada besday aku yg ke-23 pada bulan ni..guess bila erk?? k la stop kat cini dulu..emm lepas ni aku nak mandi dan tekad na mulakan penulisan report yg dah tergendala tu..tata


Senamrobik dan poco-poco bersama canselor unimap

Tarik nafas..1..2..3 hembus..hah

Kitaorang memang suka sgt bergambar..hehe


ni apehal la plak..si linda tiru gaya "orang belakang" tu



gaya ni idea dari dak linda ni.macam2 la..



friendship forever..thanks to ulum amik gambar ni..



time ni canselor tgh berucap..lepas senamrobik ada majlis penyerahan kutipan derma untuk mangsa perang di gaza kepada wakil nstp n utusan malaysia..time ni jugak pelancaran baju korporat baru unimap



b4 senamrobik ni..aper lagi posing

ni pun b4 senamrobik start..let me introduce my friends..dari kiri ala, linda, ina,kay n nad

The Journey to midvalley ( Jobfair..17-18 jan 2009)


Just me..nampak sopan kan??gambar ni selepas sepetang kat midvalley make up dah cair..hehe


"Sambil menyelam minum air"..kitaorang bukan semata-mata pg jobfair jer..siap jejalan lg..Dari kiri..baby, liz, linda n ala..thanks kat nasha tolong amik gambar kitaorang ni..




Ni la NASHA AIN (baju putih) ..sory la ala pinjam sat balak..hehe..Ada cter disebalik gambar ni..aku n nasha da posing agak lama jugak la nak amik gambar ni..nasha cam nak pi interview jer ni..



Masing2 da penat jln ni..mner x penatnyer habis sume kedai nak masuk..belinyer tak pun..huhu



time ni da x bper nak larat da seharian berjalan..tapi still boley tersenyum..manis gitu..hehhe..


p/s: Actually da lama nak mengupload gambar2 ni..tapi ader prob plak time tgh upload gambar2 ni..finally dapat jugak aku masukkan gambar2 ni dalam blog ni..

Tak Mungkin Kerna Sayang

Setiba di persimpangan,
Langkah kita tak lagi sehaluan
Bermula di saat itu
Tidak senada irama dan lagu

Begitu hidup ini
Tiada yang abadi
Yang patah tumbuh
Yang hilang berganti

Kau telah jauh, jauh dariku
Tiada ruang di hati buatmu
Namun harusku akui
Ada ketika di minda kau menjelma kembali

Sekali segala ada
Ada rindu yang datang tiba2
Tak mungkin kerana sayang
Cuma terganggu oleh perasaan

Begitu hidup ini
Tiada yang abadi
Yang patah tumbuh
Yang hilang berganti

Thursday, February 05, 2009

RaGAM SeMEster Akhir

i'M back..tbe2 mood nak nak menulis blog datang..baru lepas tgk movie..ni pun tgh m'copy movie2 yg ader...bnyak lg movie yg tak tengok ni..hehe..emm hari ni masuk hari ke-tiga aku berada di college ni selepas seminggu pulang bercuti..cuti terakhir untuk smester ni sebagai pelajar university..tak sangka masa terlalu cepat berlalu, pejam celik..dah 4 tahun aku di utara semenanjung menimba ilmu...dah banyak yang dah dipelajari..pengalaman apatah lagi..pahit,manis semua ada..biarpun pada awal kehadiran aku di sini tidak sepenuh hati tapi aku tetap gagah meneruskan perjuangan aku sehingga hari ini..macam-macam cerita dari awal tahun kemasukan aku di 'u' ni sehinggalah dah masuk tahun akhir hari ni ..awal2 masuk 'u' still blurr..yela belaja benda baru..tekanan datang bertubi2..bagi aku ambil masa yang agak lama jugak untuk aku cuba menyesuaikan diri di sini..dari tak suka kepada suka....so bila dah tahun akhir ni, bila teringat kenangan lama terasa sayang nak tinggalkan ..sayang nak tinggalkan kenangan bersama rakan2 di sini.. macam2 ragam..aku suka nak bercerita pasal ragam2 orang ni..apatah lagi budak2 perempuan..lelaki pun tak terkecuali..hehe..tahun pertama yang pasti budak2 perempuan still nampak cute2...almaklumlah awal remaja .tapi bila hari berganti hari..tahun berganti tahun banyak yang dah berubah..bukan berubah apa pun..hehe...dari segi fizikal apatah lagi..emm bila ckap tentang fizikal ni, isu "gemuk"@ "obesiti" @ "lebih berat badan" dah semestinya menjadi topik paling sensitif bagi perempuan....orang pompuan ni pantang ada orang cakap dia gemuk or "somthing like that"..hehe..kalau ada yg ckap mcm tu sure lepas tu dia nak diet..terkecuali aku..hehe [tipu la tu]..tapi perubahan luaran yang bleh dilihat penampilan..emm..kalau dulu tak pandai nak make up n bergaya, sekarang dah pandai..mmg boleh dibezakan la dulu dan sekarang..selain isu ni..dah tahun akhir dekat sini, bila usia semakin melewati usia remaja..kerisauan pasal kerjaya,jodoh sering menjadi topik perbualan..bukan apa sekarang la masa nak merancang..biasanya kalau dah habis belajar ni orang perempuan la yg paling cepat mengakhiri zaman bujang masing2..yang mana dah ader steady partner tu confirm la da berangan2..hehe..bukan apa keluar u pun dah umur berapa.....tunggu lama2 jadi andartu la plak..hehe..so orang2 lelaki di luar sana especially teman2ku yang mana nak menyunting bunga idaman hati tu siap sedia la duet hantaran..haha..tapi zaman moden ni sume tu bukan masalah besar bg perempuan..eh betul ker??..tepuk dada tanya la selera..ok la..sampai cini jer untuk episod kali ni..i need to sleep..pg esok ader kelas..

Wednesday, February 04, 2009

asal tak boley tido ni

da pukul 6:50pm ..aku x boley tdo gak dari td..pas balik dr lab igt nak rest jap tp tah mcm mner sampai skrg tak boley nak lelapkan mata..da macam2 gaya aku buat..pusing kanan,pusing kiri..last2 aku bangun balik..tension betul..padahal mata ni dah berair da..dia da bagi hint,maksudnyer aku kene tdo barang sejam dua...borink punye pasal, aku pun rajin lak nak bukak page ni..lama da aku tinggal since cuti raya cina ari tu..aduhai pagi tadi ada test composite..mlm tadi baru aku tau yang aku da banyak tggal kelas rupanya..da baca nota baru aku tau..hehe..total kelas composite yang aku penah pg=3 /5jam..patut la banyak benda yang aku tak tau..tapi disebabkan aku ni teror la jugak semua soalan test td berjaya dijawab kesemuanya.... [betul @ tak ,tak tau la]....emm k la..i will stop here..actually waktu bercuti hari tu macam2 benda aku nak masukkan dalam blog ni, tapi bila da ada depan pc ni..tak tau plak nak tulis ape..k la..continue later..tata
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...