WELCOME TO MY BLOG

Wednesday, March 04, 2009

Kenangan aku dan kamu [part 3]

+++++Pertemuan aku dengan kamu hari itu tidak sia-sia..tapi agak mengecewakan bila aku yang memulakan bicara dan kamu hanya mendiamkan diri ..soalan aku hanya satu.."adakah mahu meneruskan hubungan ini atau tidak"..agak lama aku menunggu jawapan dari kamu..mungkin kamu mengambil masa untuk berfikir untuk membuat keputusan agaknyer..kamu tahu waktu tu hati ini tidak lagi berharap..aku terima jika jawapan kamu "tidak" pada hari itu..sekurang-kurangnya aku mendengar sendiri dari mulut kamu dari hanya menulis kata perpisahan di atas meja aku dahulu..setelah agak lama aku menunggu jawapan dari kamu, seketika kamu mendongak sambil menggelengkan kepala..dan tika itu hati ini kembali berbunga..tidak sangka kamu masih sudi untuk meneruskan hubungan ini..selepas saat itu kita kembali kepada keadaan asal dan sekali lagi aku mohon maaf kerana hubungan ini tidak seperti pasangan lain..sebabnya telah pun aku nyatakan pada episod yang lepas..keadaan ini berterusan sehingga peperiksaan PMR..maaf aku terlalu fokus pada peperikksaan itu..tapi kamu tahu aku tetap merasa rindu dan teringin bertemu kamu selalu..walaupun jarak kita ketika itu tidak sejauh mana..tapi memori manis ketika lawatan kita ke p.pinang selepas exam pmr dulu merupakan satu kenangan manis yang tak mungkin dapat kulupakan..aku rasa kamu juga merasakanya..aku mahu singkatkan cerita ini..aku kira selepas PMR dulu masing2 membawa diri..aku ke ASBKJ dan kemudian berpindah ke mrsm di utara dan kamu kembali ke kg halaman (johor)...tapi kita masih berhubung dan mengekalkan hubungan kita walaupun jarak kita semakin jauh..kamu tahu kerana jarak kita yang semakin jauh itu jugak menyebabkan pelajaran aku semakin merosot..mungkin aku tidak lagi dapat menatap wajah kamu seperti dulu walaupun dulu aku dapat melihat kamu dari kejauhan, sedikit sebanyak memberi inspirasi kepada aku.. tapi kali ini aku langsung tidak dapat melihat kamu...aku menceritakan hal ini kepada seorang kawan kita dahulu, kamu tahu dari dialah aku tahu yang student teknik k.tinggi [tempat kamu belajar dulu] dibenarkan pulang ke rumah pada tiap minggu pertama dan ketiga [kalau x silap]..aku mengambil kesempatan itu untuk menelefon kamu di rumah..almaklumlah dulu msg2 x guna handphone.. so kalau bernasib baik kamu balik rumah dapatlah aku melepaskan segala rindu aku itu..kalau tak terpaksa la tunggu lagi minggu pertama dan ketiga bulan yang akan datang..kita bertemu kembali selepas asbt buat reunion lepas spm dulu..itulah kali pertama kita bertemu selepas habis PMR dulu..pertemuan seterusnya sewaktu aku di matrik melaka, ketika tu kamu di kuithho [uthm sekarang]...aku rasa boleh dikira berapa kali sahaja kita bertemu kan??selain itu hanya hp sahaja menjadi penghubung kita..sewaktu aku di sini kamu ada sekali datang waktu tu ada pesta konvo yang pertama di sini...aku juga ada turun ke tempat kamu [uthm]sewaktu "u" aku ada datang memberi bantuan untuk mangsa banjir di sana,dan sewaktu kamu kanvo aku turut turun..kemudian ketika kamu ada mewakili sukan olahraga di kawasan utara ni..yang paling aku ingat aku sanggup turun ke sungai petani dari perlis dengan menaiki bas semata-mata ingin berjumpa dengan kamu..dan rupa2nya itulah kali terakhir aku bertemu dengan kamu..sebenarnya hari ini dalam sejarah hidup aku [3 march 2009]genaplah kata perpisahan yang telah aku lafazkan kepada kamu kerana kesilapan besar yang telah kamu lakukan..hanya kamu yang tahu mengapa dan kenapa aku berbuat begitu..aku mahu kamu tahu betapa aku selama ini mempertahankan hubungan kita dahulu tetapi akhirnya berkecai begitu sahaja..terima kasih kerana memberi sedikit ruang kepada aku untuk berada di hatimu dulu..memberi aku merasai perasaan cinta dan sayang itu..kenangan aku dan kamu kini hanya tinggal sejarah dalam hidup aku..maaf bukan aku tidak lagi mahu menghubungi atau berkawan dengan kamu tapi demi menjaga hati ini lebih baik aku mendiamkan diri+++++


--------------------TAMAT------------------------

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...