WELCOME TO MY BLOG

Tuesday, March 31, 2009

lagi...PROM NITE '09

Salam ..seperti yang dijanjikan..ini adalah sebahagian gambar time prom nite tempoh hari..agak lama jugak la nak mengupload gambar2 ni..setelah cubaan beberapa kali m'upload gagal, akhirnya berjaya jugak masukkan gambar2 ni....


yummy...kek ni ditaja oleh kedai kek GARDEN Kangar..


sesi memotong kek bersama Dato' Naib Canselor



schoolmate.. bersama dari zaman sekolah sampai ke universiti..

Bestprend {1}...susahnyer nak dapat gambar bertiga macam ni..


Bestprend {2}..best kawan dengan diorang ni..semua ada ragam masing2 sampai x larat nak layan pun ada..


Housmateku...sebenarnyer 4 orang dari kiri jer..yang paling kanan tu bukan ..tapi selalu jugak ler lepak2 kat rumah kitaorang ni..sbb rumah kitaorang ada TV.. tgk SPA Q...HEHE


MY rumate..persis cinderella plak dia malam tu..sweetnyer..


aku suka gambar ni sbb gaya aku posing jer..so cute..hehe..


Partner express..hentam saja la

Cetusan lagu "sinaran" idea dari nama si dIAUL ni..coz maksud nama dia sinaran..


Prank???hehe..sory arr kawan2ku..sje bawak teman..nervous wei time ni..tp ok what??

Performance dari student lelaki..

performance dari student perempuan..klu tgk full video nak gelak aku tgk..lawak betul..lagi2 time pasing mic tu..

Monday, March 30, 2009

The Diary of PROM NITE'O9

Salam

Firstly..setelah beberapa hari aku menyepi dari blog ni..baru hari ni aku diberi kekuatan untuk mencoret suatu di sini..barangkali kesibukan aku membantu rakan-rakan menjayakan prom nite 09 membuatkan aku terlupa seketika tentang keje “part time” aku ni..so setelah beberapa hari aku meninggalkan blog ni, terlalu banyak cerita yang aku simpan dan aku sendiri tidak sabar menunggu masa yang sesuai untuk aku memulakan cerita ..entri ini mungkin agak panjang..tapi tidak mengapa aku tidak memaksa sesiapa untuk membaca..cukup sekadar untuk aku memuaskan diri aku sendiri tentang apa yang tersimpan di dalam hati ini..maafkan aku andai nnti ada nama2 yang akan terpamer untuk entri kali ini..but don’t worry coz entri kali ini bukan bertujuan untuk mengutuk sesiapa…emm..panjang la plak mukadimah kali ni..hehe..


Sebagai permulaan, apa yang ingin aku ceritakan ini lebih kepada penglibatan aku dalam persediaan Prom nite’o9 baru2 ni..wah..lagaknya macam la aku ni peneraju utama majlis ni..sebenarnya aku hanyalah org bawahan shj..bertindak sebagai AJK buku program [buku cenderahati]..diketuai oleh Kay [salah seorang teman baikku]…dan dibantu oleh teman2 yang laen [linda,ida,marliza,aween,nad n ala]..kami diberi tugasan untuk membuat kad jemputan, buku cenderahati, dan pamphlet..tapi pada saat akhir pamphlet cancel…segala design untuk kad jemputan dan buku cenderahati dibuat sendri oleh designer dalam AJK kami [ida]..sbb dia jer yang agak mahir guna adobe photoshop n kreatif..yg laen ni just bg pendapat yg mner patut..termasuklah banner n banting…so 3 hari sebelum prom nite..aku telah merasakan ke”busy”an yg teramat sgt..alhamdulillah seawal 2 pg (27/03/09 ) kami berjaya menyiapkan segala kerja dari A-Z.

OK tamat cerita tentang ini..

Seterusnya..PERSEMBAHAN…..time lab (24/03/09) yanti n mai mintak aku buat persembahan bersama pelajar2 perempuan yang laen..emm aku ok jer klu ramai2..jgn suruh aku buat sorang2 sudah..lg pun x fair bg aku..aku lebih suka ramai yg terlibat..so proses pemilihan lagu bermula..bajet nak nyanyi lagu “cinta di akhir garisan” tapi sume x mau..susah nak bawak katenyer..aku pun pening nak cari lgu ape yg sesuai dengan majlis tu…bz dengan buku program yg x siap2 lg time tu..lagi haru biru dibuatnyer..

Lagiiii…….(26/03/09)..ada kelas komposit..minggu sebelum ni aku x pg langsung,..dua kuiz aku tak buat gara2 tak dtg kelas tu..so walaupun susah gler nak bgn pg tu, aku gagahkan jugak la pergi kelas..lgpun lepas klas aku direct nak pg kangar..ptg ada sesi fotograsi bersama dato’ naib canselor…lepas tamat sesi fotografi jalan2 sekitar kangar..teman ina cari barang dia tuk majlis prom..aku plak dpt jugak cari cd karaoke..buat back up persembahan untuk majlis prom night..huh..hari yg memenatkan…lepas balik kangar terus sambung buat buku cenderahati yg tak siap2 tu sampai la ke malam..pada masa yg sama terpaksa tinggalkan kerja tuk training persembahan..sume ajk under kay kecuali ida masuk tuk persembahan..so time training kerja kene stop untuk seketika..tu yg buat jd lambat nak siap kot..haaa..alkisah aku baru dapat partner tuk prom nite mlm tu jugak..last minute..hadoi mner pgnyer laki2 kat dunia ni tah..ni la akibatnyer nak tggu org propose la konon..org yg diharap dah ade partner lain rupernyer..huhu..tapi aku puji faruq siap call lg..tp aku reject dia..sbb time tu emosi dah x berapa nak stabil..lgipun dia lewat 30 minute..haha..ikutkan hati ni..x mau partner dengan sape2 pun...x ada masalah pun…


DEBARAN TERASA (27/03/09)..aku bgn agak lewat ckit..nak cover tdo..bgn2 dah nak kena training koir..so aku ada masa yang agak singkat untuk buat persediaan persiapan aku untuk dinner..sbb pukul 3 ptg dah nak kena gerak pergi ke tempat majlis prom night tu..sekali lagi aku diduga..lepas settle sume brg2 yg perlu aku bawak untuk dinner, aku n ina pergi kafe beli makanan untuk lunch..time tu hujan sgt la lebat..redah jugak..sekali aku balik dari kafe tgk2 pakaian aku nak bawak pg dinner mlm tu basah kena hujan gara2 aku letak tepi tingkap..waa..mau nangis dibuatnyer..bayangkan lg setengah jam nak gerak pg..sabar je la..nasib baek kaen tu jenis cepat kering..tapi aku still x puas hati…rse macam x mau pg prom night tu pun ader..


THE JOURNEY TO THE PROM NITE PLACE
…seawal 3 ptg aku ,ina, kay,paie n shafik dengan menaiki WAJA WKR 8614 bergerak keluar dari wang ulu..perjalanan yang aku rasa sepatutnya dalam 45 minit boleh sampai tapi 5 lebey baru sampai..ye la si shafiq request nak singgah kangar dulu nak beli hadiah tuk dia punyer SA [secrete admire]..member2 yg nak berkonvoi plak lewat..so dalam pukul 4 kitaorang gerak dulu memandangkan dalam kereta tu ada AJK Hiasan Dewan..so kena la gerak jugak tanpa mereka..ada dua orang penunjuk arah..hehe..sempat jugak ler kitaorang melawat kawasan2 yang x sepatutnyer (sesat la tu)..tu yang jd lewat ckit…surprise jugak bila tgk dewan tu..sebab awal2 plan kat area laen..tp ok la kat tempat baru tu..congrate tu asma n the gang kerana berjaya menceriakan dewan tu..


DEBARAN SEMAKIN TERASA (27/03/09;7PM)..masa persiapan diri..ada masa lebih kurang sejam nak bersiap..sebenarnyer x best bersiap kat situ..lighting x bgus untuk make up…tp nak wat camner..tampal2 jer la…ok dah siap semua..time nak gerak ke dewan majlis..masuk2 jer..wah..kelihatan teman2 dengan berbagai gaya..sume nak nampak glamour mlm tu..aku plak masih menunggu partner aku yang tak kunjung tiba..pada masa yang sama mood aku yang dulu sgt excited dah bertukar..keriangan rakan2 sekeliling membuatkan aku sgt2 jeles dengan mereka..terlalu banyak perkara yang bermain difikiran..tapi yang penting aku cuba sedaya upaya aku untuk menyembunyikan segala kepedihan yang terasa di lubuk hati ini..berpura-pura tersenyum dan ketawa sepuasnya bersama teman2 sedangkan hati di dalam x siapa yang tahu..mungkin sesiapa yang terbaca ini tertanya2 mengapa…


DIA YANG AKU PUJA…terlalu banyak perkara yang aku simpan..sehingga aku tidak ada kekuatan untuk meluahkannya lg..masih malu barangkali..melihat dia bersama org laen sedikit sebanyak menggugat hati ini..mungkin dia tidak tahu..tapi aku telah mencipta luka dihati sendiri..pedihnya masih terasa sehingga hari ini..cukup setakat ini..


TALENT TIME…”GEMILANG” lagu nyanyian ella..telah aku dendangkan bersama teman baikku {ina n linda}..saje aku membawa mereka bersama sbb aku tahu mereka juga boleh menyanyi..dan aku rasakan nyanyian mereka lebih hebat dari aku..terutama ina..linda masih malu2..jadi dia tak tunjuk taring lagi…aku plak selalu out of tone..tapi kitaorang enjoy kat atas stage tu..mesti teman2 agak teruja dengar ina nyanyi kan… haaa..rahsianya balak dia mmg suka pergi karaoke..dulu mner ina nak nyanyi2 ni..tapi dah terbiasa dah..not bad kan?? ..kitaorang pun selalu jugak berduet time karaoke..kalau ada lagu “secangkir madu merah” sure lg havoc kitaorang nyanyi…



TERCABAR..dengarnya budak lelaki tercabar bila tgk persembahan koir daripada pelajar perempuan..best kan????ape2 pun korang dah kalah dengan kitaorang..hehe..siap bawak lirik sebesar A4 tu…ape barang training awal!!!….hehe..SECRETE ADMIRE..mner hadiah aku???waaa..sedih gler..org dapat hadiah aku plak x dapat…dah ler tgh emo time tu..bile ko cakap lupe bawak..mau x menitis air mata aku..walaupun dapat jugak tp lambat sehari..perasaan tu dah x sama..sbb majlis dah habis…ape2 pun thanks abg bob..aku x wish thanks langsung time ko bg hadiah tu..sory..


PROM NIGHT YANG BEST…walauapapun keadaan aku time prom night tempoh hari..aku tetap enjoy bersama-sama teman2 buat kali terakhir untuk majlis seperti ini..x tau bila lagi akan ketemu kalian..hargailah masa yang tinggal sebulan lebih sahaja untuk kita bersama sebelum kita meninggalkan zaman ini..congrate to teeben n aween untuk anugerah prom king n queen…x lupa untuk kay n tarqi untuk anugerah the best couple…

GAMBAR???
akan aku upload dlm blog ni dalam masa terdekat..tgh buat pilihan gambar..sampai tak tau nak letak yang maner..just wait for another entri…wassalam

Saturday, March 28, 2009

MENGEMIS KASIH

Tuhan dulu pernah aku menagih simpati
Kepada manusia yang alpa jua buta
Lalu terheretlah aku dilorong gelisah
Luka hati yang berdarah kini jadi parah

Semalam sudah sampai kepenghujungnya
Kisah seribu duka ku harap sudah berlalu
Tak ingin lagi kuulangi kembali
Gerak dosa yang menghiris hati

Tuhan dosa itu menggunung
Tapi rahmat-Mu melangit luas
Harga selautan syukurku
Hanyalah setitis nikmat-Mu di bumi

Tuhan walau taubat sering kumungkir
Namun pengampunan-Mu tak pernah bertepi
Bila selangkah kurapat pada-Mu
Seribu langkah Kau rapat padaku

Monday, March 23, 2009

RAHSIA HP UNTUK KECEMASAN

Tahukah anda bahawa telefon bimbit anda sedikit sebanyak boleh membantu dikala kecemasan.Banyak perkara yang boleh anda lakukan,antaranya : -

1) NOMBOR KECEMASAN
- Sentiasa ingat bahawa nombor kecemasan untuk semua telefon adalah 112.Jika anda dalam kecemasan dan berada dikawasan tiada liputan untuk semua talian telefon bimbit yang anda gunakan, cuba dail nombor kecemasan 112.Ia boleh digunakan walaupun di kawasan yang tiada liputan dan lebih menarik lagi,ia boleh terus didail walaupun papan kekunci telefon bimbit anda dikunci ( Keypad lock ) .

2) KERETA TERKUNCI
- Pernahkah anda tertinggal kunci kereta dalam kereta dan kereta anda ketika itu terkunci dari luar.Mesti anda lakukan pelbagai cara untuk mendapatkan kembali kunci bagi membuka semula kereta anda.Jangan risau,telefon bimbit boleh membantu,tapi bagi kereta yang menggunakan system penggera ( alarm ) sahaja . Caranya,cuba anda hubungi seseorang yang berada di rumah.Minta dia ambilkan kunci pendua kereta anda.Kemudian pegang telefon bimbit anda dari jarak kira-kira 30 sm ( satu kaki ) dari kereta yang terkunci itu.Minta pula keluarga atau teman di rumah menekan punat ' ON ' pada kunci pendua kereta dan pastikan dia menekan dengan mendekatkan pada telefon bimbitnya.Pasti kereta anda tidak terkunci lagi,malah ia boleh dilakukan dari jarak beratus-ratus kilometer dari tempat kereta anda berada.Kerana itu juga,penting untuk anda menyimpan kunci pendua atau meminta orang yang anda percayai untuk menyimpannya. Penting juga penggunaan telefon bimbit dalam keadaan sebegini.Kaedah ini memang berkesan kerana beberapa orang telah mencubanya.

3) KUASA BATERI TERSEMBUNYI
- Mungkin ramai tidak tahu,telefon bimbit yang telah kehabisan bateri masih boleh digunakan dalam keadaan kecemasan kerana ia mempunyai fungsi untuk menyimpan bateri tambahan. Bayangkan jika bateri telefon bimbit anda sudah terlalu lemah atau mati sedangkan anda perlu melakukan panggilan penting atau berada dalam kecemasan. Telefon bimbit jenis Nokia didatangkan dengan bateri simpanan.Untuk mengatifkannya, tekan kekunci ' *3370# ' . Telefon bimbit anda akan berjaya dihidupkan semula dan skrin telefon akan memberitahu telefon tentang penambahan kuasa bateri sebanyak 50 peratus.Kuasa tambahan ini juga akan dicas semula bila anda mengecas telefon bimbit anda .

4) TELEFON KENA CURI
- Bagaimana jika telefon bimbit anda dicuri.Anda boleh menjadikan ia tidak dapat diaktifkan dengan menekan nombor siri yang terdapat di telefon bimbit anda,sila dail *#06# dan 15 digit nombor siri telefon bimbit anda akan tertera di skrin.Nombor ini adalah unik untuk setiap telefon bimbit. Catatkan nombor siri ini dan simpannya di tempat Selamat.Bila telefon bimbit anda dicuri,anda boleh hubungi pusat servis telefon bimbit anda dan berikannya kod nombor siri tersebut.Mereka kemudiannya akan mengunci system dalam telefon bimbit anda dan sesiapa sahaja yang mencurinya pasti hampa kerana walaupun kad simnya telah ditukar,dia tidak akan berupaya mengaktifkan kembali telefon bimbit tersebut.Jadi, walaupun ia di curi,namun sekurang-kurangnya anda berpuas hati kerana si pencuri takkan boleh menggunakannya ataupun menjualnya

Friday, March 20, 2009

Sekian Lama




Dialah pujaan dalam mimpi
Yang senantiasa membuai hati
tiap kali bersua
ku hanya mampu senyum padanya
ku terdiam

Sekian Lama... Ku mencuba
Tak ku lafazkan... perasaan..
Berkubur saja... Namun dia...
Ku cinta..

Apa yang harus aku lakukan
Agar dia pun mengerti
Adanya cinta menanti.

Oh, Sekian lama
aku mencintai... dia

Sukarnya membutir kata-kata
Menilai apa yang aku rasa...
Tiap kali ku cuba...
Lidah kelu dari bersuara..
Ku berserah...

Thursday, March 19, 2009

Perempuan vs Shopping

18/03/2009=SEMALAM..Shopping Time....walaupun kewangan aku pun agak gawat jugak time ni,tapi keinginan tuk ber"shopping" still ada..window shopping pun jadi la..janji ade nama shopping tu..perempuan dan shopping memang x dapat dipisahkan..inilah buktinya





Shopping kasut...Mengikut kajian,dalam banyak-banyak barang.. kasut menduduki carta pertama..kenapa kategori kasut sentiasa duduk dalam carta di tempat pertama???..





Kepakaran semasa mencuba kasut sangat perlu..yang penting selesa dipakai selain cantik..





Tahukah anda istilah membeli-belah???biasanya lepas beli2 kita blah la..hehe..istilah ni aku dapat dari wife abang ipar aku punye adik..dia cakap la...





Shopping baju plak ni...emm penah x korang dengar mak korang cakap kat ayah korang macam ni.."abang, nak beli baju baru la..dah x ade baju nak pakai ni" or somethnig like that...padahal dalam almari tu dah berlambak baju..sampai nak tutup pun dah x bley..betul x??





SALE!!!!penah x korang dapat mesej mcm ni.."kawan2 kat sini ade sale la".."esok last ni"..masa ni terketar2 la kawan tu nak pi jugak..x nak terlepas peluang..





eksesori pun penting jugak..yela nak padankan dengan baju yg baru beli tu..kay tgh cari anting2 ni..hehe



Tas tangan...perempuan dengan tas tangan memang x dapat dipisahkan..lagi2 bnyak sangat choice sampai x tau nak pilih yang mane satu..




aku dan erin...posing jap..pasni nak sambung jalan kat atas plak..kat bawah dah habis round..





masing-masing dah dapat aper yg dihajat..aper lagi jom balik....

Tuesday, March 17, 2009

Prom Nite 09




This is invitation card to prom nite'09 for final year student batch 2005/06 (materials n metalurgy eng.)..


date:27 March 2009 (Friday)
Venue:Darul Aman Golf & Country Club, Alor Star, KEDAH
time: 8.00pm-12.00am
theme:glitz n glamour

Candid pic (last week)




12 March 09- time ni sume tgh tggu lecturer..bajet ader test la ni..sekali x der da..cian diorang ni kan..kene bgn pg2 gi klas..yg jarang nampak muka time kelas pun ader..tipah tertipu!!!!







13 March 09- location DKG 5..Posing ngan ina ni..takder kjer..Tipah tertipu lagi..kelas engineering in society batal..




13 March 09-masih di location yang sama..my friend mrs badrul hisham@ marina azmi.. cube menyembunyikan ke"chubby"annya.. hehe



13 March 09-my friend kay..namer sebenar pratidha ( honestly x reti nak pronounce nmer penuh penuh dia sampai sekarang)..jgn marah kay..hehe




15 March 09-Location;rumah En.Shah (kg wai)..1st baby En.Shah ni..mimi tunjuk kepakaran pegang baby ni..aku??tgk jer.x berani nak pegang camtu...anak orang ni..jd paper sper susah..hehe..teringat aku terlepas pegang adik aku dulu..tapi yg kene marah akak aku..aku x kene..sbb time tu aku kecik lagi..hehe





Hari yg sama n location yang sama..2 baby??..sebaya ni..tapi lain bulan jer..nas plak tunjuk kepakaran dia..ala klu besar camtu aku berani..hehe..





Lenanya tdo....baby ni dari awal kitaorang datang sampai dah nak balik ni x bgn2..tp last terjaga jugak sbb ramai pengacau gaknyer..opps lupa nak mention name dia..RAJA IZDURANI SHAH..x tau la ejaan betul ker tak...

Sunday, March 15, 2009

NABIL ker ni??




Jam menunjukkan 1:50 AM, sedang aku menulis entri blog aku pasal bunga ros tu tbe2 msej phone aku berbunyi..nervous jugak sper la yg msej aku pg2 buta ni..owh akak aku rupernyer..risau gak nper msej aku time2 camni, risau kot ader imergency case ker kan..tapi sangkaan aku meleset..rupe2nyer dia send mms gambar anak buah aku tu=anak dia..hehe.."eh nabil ker ni???"aku buat2 terkejut macam x kenal plak..hehe..ni la anak buah aku..nama penuh dia NIK NABIL NADZMI..dah nak masuk setahun dah umur dia..tapi aku x penah jumper langsung si nabil ni..sure2 la dia x kenal aku sbagai mak sedara dia..mane taknyer time aku balik rumah, akak aku mner ader balik..time aku kat sini dia plak balik umah..msg2 bz la katekan..x sempat nak jumper..hehe..masalahnyer dalam family aku, aku sorang jer yang tak pernah jumper si nabil ni..ape la nasib..akak aku ni pun satu yg pg duk jauh2 sampai kelantan tu spe suruh..kan aku x bley melawat..pastu dia pun cuti x menentu..last jumper akak aku dulu time dia pregnant si nabil tu..time tu umah aku buat kenduri kekah anak along aku tu..pastu kitaorang x penah jumpe da...pastu bley plak suh aku pi kelantan after dah habis belajar kat sini..kira dia suh singgah kelantan dulu pastu baru balik pahang..maen2 ngan nabil dulu..masalahnyer bukan aku x nak..habis barang2 aku ni nak angkut gi mner??dah final year..mesti mau bawak balik sume barang...so aku pun tak tau bila aku berpeluang dapat jumpe si nabil ni..pas habis belajar ni aku dah bertekad nak kjer..nak cari duet poket sendiri..sian kat abah still tanggung anak dia yang sorang ni..x mau susahkan abang n akak2 aku da..especially along yang banyak membantu aku selama ni..emm ina( kakak aku@mak nabil) cakap nak datang time konvo aku bulan 8 nnti..tp boley cayer ker??emm layankan ajerrr...

Mawar=ROS

Mawar dan ros..dua nama yang berbeza tapi memberikan makna yang sama..Mawar dan ros merupakan sejenis nama bunga..tapi kdg2 ader org guna sebagai nama seseorang..contohnyer aku ader kawan yang menggunakan nama pangkal "ros"..seperti rosnazira,rosma, rosman.."mawar" belum ader lagi..tapi org dulu2 ader yang guna nama "mawar" ni..heh..knape eh tbe2 entri aku pasal bunga plak kali ni..hehe..ni la nak bagi tahu..sebenarnyer tak lama lagi ader ader prom nite..ader game "secret admire"..aku nak bagi tau kat sini sper yg mendapat aku sebagai secrete admire nanti aku nak bunga..aku tak kira nak bunga jugak..dan bunga tu kena la bunga mawar=ros..pastu aku nak satu jambak ..warna tu aku x kesah sangat..tapi hati2 bila memilih warna nanti..sebab setiap warna memberi maksud yang berbeza..hehe..actually its just a joke...ini adalah sekadar mimpi dan angan2 aku sahaja..mengharapkan suatu hari nanti ader seseorang sudi menghadiahkan aku bunga ni even sekuntum sekalipun dan pasti ianya memberi makna kepada aku..mungkin sebagai tanda persahabatan, tahniah, mahupun sebagai tanda sayang kepada aku....tapi bila la agaknyer yer..dulu time ader bf tak penah dapat..siap cakap lagi yg dia x kan bg..huhu..pasni spe2 nak jd bf aku kene bg bunga ni..klu aku dapat kira lamaran akan dipertimbangkan..PERSOALANNYER ADE KER???berangan jer la..layan kan ajerr..hehe..




Bunga idaman hati..nak yg macam ni bley x???



MAKNA DISEBALIK WARNA BUNGA MAWAR=ROS


Bunga Mawar Merah : Si dia mencintaimu setulus hati dan ingin bersama selamanya.

Bunga Mawar Kuning : Si dia mau kamu menjadi sahabatnya atau ia menandakan perasaan cemburu terhadap kamu

Bunga Mawar Putih : Rasa cinta yang ada dalam dirinya adalah cinta sejati dan sesuci ros putih itu.

Bunga Ros Merah Jambu : Kamu adalah cinta pertama si dia dan ini menjadi rahsianya sejak sekian lama. Maknanya kamu adalah insan yang menjadi idamannya selama ini.

Friday, March 13, 2009

diary minggu ni

..ENTRI hari ni..nak cter yg aku borink sgt skarang....hari2 yang aku lalui terlalu bosan sehinggakan aku ketandusan idea nak cerita aper dalam blog ni..tapi blog aku selalu jer update even bosan2 pun..maklumlah terlalu banyak masa yang terluang..kelas pun x banyak..ni jer la kjer rutin yg aku takkan tggal..emm ni summary aktiviti aku minggu ni..

9 Mac 2009 [Isnin]

..hari pertama untuk minggu kedua bulan march..aku bgn agak lewat ckit..tgh hari baru bgn..hari ni mmg tak ader klas..x ader aktiviti yg best aku boley buat..just lepak2 kat bilik jer..layan internet..emm hari ni ader game futsal..ramai jugak member aku involve..especially my best friends linda n ina..aku nak sgt tgk diorang maen hari tu..coz ni last game dak2 ni memandangkan sume dah final year..but i miss that momment..aku plak sebenarnyer nak jugak involve maen futsal tu tapi org x cayer klu aku bley maen pun..tah lantak korang la..

10 Mac 2009 [Selasa]

...aku bgn awal ckit sbb nak pergi buat lab..dah janji dengan one of my group members nak buat sekali..borink duk rumah..sebenarnyer aku ngantuk sgt pg tu..malas sgt nak bgn..gara2 tak tdo semalaman layan gossip gurl..tdo sejam jer..tapi janji punye pasal bgn jugak la..tapi yang x bestnyer aku x bley run lab tu..bajet aku buat pagi ptg x payah nak buat da..sekali lect tak bg buat..adoi..dtg sjer la pg tu..tapi still lepak jugak kat lab tu..nak balik ptg plak ader lab ka situ jugak..tgk jam kul 11 lebey time tu..klu balik ngan bas mmg x berbaloi..sbb aku kena dtg balik plak ptg tu..so aku decide lepak kat surau..sambung tdo aku yg x cukup tu..sampai la kul 2 lbey..ape2 pun group aku dah settle buat testing hari tu jugak..tggal nak buat report jer lepas ni n prepare tuk presentation..again!!!!..

11 Mac 2009 [Rabu]

...Kelas komposit x der..so aku pun memalaskan diri ni tdo sampai tgh hari ..(ape nak jadi la..hehe).padahal aku mmg dah set mlm sebelumnyer malas nak pg klas coz satu jam jer..tapi kebetulan klas mmg tak ader pon..alhamdulilah...ptg plak.. aku, kay n ala pg Jujaya kat kangar nak beli barang2 tuk buat pamplet tuk prom nite kitaorang nnti..aween..linda n baby pun ader..diorang mmg dah kat kangar time tu..nmer2 yang disebutkan adalah merangkap ajk pamplet bawah kay...klu aku ngan kay jer pg hari tu x tau la jd aper..ramai2 senag cikit..aku pilih part aku punyer barang ..aku ditugaskan untuk buat "buku program" dibantu oleh kay n ida{designer)..yg lain pilih barang part masing2 punyer kjer..mlm plak ader meeting ngan ajk tertinggi prom nite..emm no komen pasal meeting tu..sbb aku ltey..hehe..risau sbb dengar esoknyer ader test polymer composite..aku x study paper pon..tapi bcer jugak la sepintas lalu nota kuliah tu..


12 Mac 2009 [Khamis]

..Bgn pg tuk test composite..alkisah test takder..gembira hatiku bukan kepalang..sbb aku mmg x study..then balik hostel..tgk tV cter "BEREK"..IGT NAK SAMBUNG TGK "WANITA HARI INI" topik "mabuk cinta"..sekali ttdo da..lbey kurang pukul 3 aku terjaga dari lenaku..lepas solat zohor aku mula membuat assignment yang perlu submit esok..kjer last minute..bgus sgt...lbey kurang pukl 5 aku dah siapkan part aku..igtkan kjer aku dah siap..rupenyer aku kene compile sume part..so kene la tggu diorang (group aku) siapkan..lbey kurang 12 am aku siap compile sekali edit2 sume..ni pun x siap sepenuhnnyer sbb ader perubahan cikit..tp 98% dah siap tggal nak burn dalam cd ..


13 Mac 2009 [Jumaat]

pg mmg x der klas..ptg plk ader klas Engineering in society...dengarnyer nak bg tip exam..so kene la pg..tapi sekarang dalam kepala ni terpk ader kjer yg aku kene buat tapi aku tak mau buat sekarang..lab report composite n slide show tuk presentation next week..x lupa assignment engineering in society pun nak kene submit jugak next week..

Thursday, March 12, 2009

Rahsia Lelaki yg Wanita Mesti Tau!

1) Kenapa lelaki selalu kata nak telefon tapi takde pun?

Bila dia call maksudnya dia ambil berat; dia cintakan anda; inilah biasanya definisi cinta bagi wanita dalam hal ni.

Definisi lelaki pulak; bila aku kerja kuat dan ada pendapatan yang stabil, aku, pasangan dan keluarga aku akan hidup dengan selesa; semua ini sebab aku sayang, cinta dan ambil berat.

Kalau dia tak call pada masa yang dijanjikan, mungkin dia sibuk, terlupa atau anda boleh tuduh/kata atau rasa anda seolah-olah tak penting dalam hidup dia. Namun itu TIDAK bermakna dia tak cintakan anda!

2) Lelaki tak suka anda bersikap seperti seorang ibu.

Jangan layan lelaki macam budak kecik, jaga semua keperluan dia hingga ke perkara yang kecil-kecil. Banyak benda yang dia boleh buat sendiri dan anda boleh/perlu memberi sokongan untuknya melakukan sendiri.

Lelaki TAK perlukan seorang lagi ibu! Kalau anda bersikap seolah-olah ibu yang menjaga segalanya untuk dia, percayalah dia akan mula mencari cinta yang lain.

3) Perasaan harga diri lelaki antaranya datang dari kejayaannya dalam karier dan apa yang diusahakan.

Oleh itu, amat penting untuk anda memberikan masa, peluang dan ruang untuk dia bercakap tentang kejayaan dalam hidupnya, walaupun boring la pulak anda mendengarnya. Adanya anda sebagai seorang pendengar yang baik pada masa itu adalah satu signal yang menyatakan kepadanya bahawa; Anda adalah seorang yang mengambil berat, prihatin, seorang yang boleh berkongsi hidup bersama dirinya, seorang yang boleh diharapkan, anda seorang yang amat pengasih dan dia pasti selesa dan suka bersama anda!

4) Lelaki dan bola..

lelaki dan bola memang tidak dapat di pisahkan.. walaupon seorang lelaki itu tidak minat bermain bola, namun apabila musim bola melanda mereka akan menontonnya.. biarpon terpakse bangun pukul 3 pagi.. masa inilah diorang nk spend mase ngn rakan2....

selaen rahsia di atas aku jugak nk share perkara2 yang DILARANG KERAS untuk dibincangkan bersama lelaki...

Berikut merupakan 9 perkara yang tidak boleh dibincangkan dengan lelaki. Memang lelaki ini penuh dengan ego dan anda sebagai wanita, janganlah cuba mempermainkan ego mereka.

1. Jangan ceritakan ada seorang lelaki yang diam-diam meminati anda, apalagi jika lelaki tersebut adalah teman lama anda atau dia.

2. Membenci ibunya? Cukup dengan menyimpan perasaan itu dlm hati saja. Meskipun si dia yg membuka cerita soal keburukan sang ibu. Jangan cuba-cuba menambah atau mengiyakannya. Bertindak tenang dan tutup mulut. Kalaupun hendak memberi komen, utarakan hal-hal yang positif dan neuteral sahaja.

3. Jangan menceritakan hal kecurangan yang pernah anda lakukan dibelakang dia. Hal ini akan meruntuhkan kepercayaan dia pada diri anda. Juga jangan sesekali memanjangkan cerita kecurangan dia terhadap anda. Tidak mustahil dia akan mengulanginya.

4. Jangan juga menceritakan bahawa sahabat anda mencurangi suaminya. Dia akan berfikir bahawa anda juga akan bertindak demikian. Dia mungkin akan meragui kesetiaan anda ataupun dia akan mengongkong diri anda atas sebab keselamatan hubungan dia dengan anda.

5. Jangan membuatnya patah semangat terhadap pekerjaan. Jika suatu hari dia mengeluh tentang bosnya yang bermasalah, berdirilah dipihaknya. Sokonglah dia dan bantunya mencari penyelesaian. Jangan terlalu mencampuri permasalahan tersebut. Cukup sekadar mendengar dan memberi pendapat. Dikhuatiri akan memudaratkan sekiranya anda cuba untuk masuk campur secara keterlaluan.

6. Bercerai adalah perkataan yang paling harus dihindari, walaupun anda benar-benar bertengkar hebat. Jika anda benar-benar tidak mahu berpisah darinya, buang kata-kata itu jauh-jauh.

7. Jika anda mempunyai pendapatan yang lebih besar darinya, jangan pernah menyinggung hal tersebut, apatah lagi menjadikan ia sebagai punca masalah.

8. Ghairah hidup anda tiba-tiba meningkat kerana bertemu dengan seorang teman lama atau seorang teman yang membuka hati anda. Jangan sesekali menceritakan hal ini pada pasangan anda. Biarkan hal itu berlalu dan anda nikmati sendiri tanpa melampaui batasan tatasusila. Yang penting, anda tidak akan merosakkan hubungan dengan pasangan hanya dengan keseronokan sementara.

Tuesday, March 10, 2009

Jejariku menari lagi

Salam...jari jemari ku menari lagi di sini..sementara menanti azan subuh berkumandang..baru lepas layan gossip gurl (eps.6-10) season 2...gara2 tak boleh melelapkan mata ni..dari pukul 3 pg tadi sampai skrg (6am)..layan jugak cter ni..igt nak nak tgk episod 6 jer..dah lme tggal cter ni dek kerna kesibukan yang melanda diri ini..actually x der la bz sgt pun..aku pun tak tau nape jadi mcm ni..jadual tdoku dah berubah sejak kebelakangan ni..saat teman2 lena dibuai mimpi..aku masih boleh berjaga..entah ape aku buat pun aku tak tau..study?impossible la..bukan masenyer lagi..musim exam x sampai lagi..nak kata buat report fyp?lagi la tak.. lebey kurang seminggu yang lalu aku dah stop buat [1st draft]..now just waiting from my supervisor bg tau tuk buat pembetulan jer..just wait, i dont want to meet her..huhu..she wants me to involve for another competition....she force me although i refuse it..bagi la alasan apa pun..last2 dia jugak menang..argh..ini satu paksaan..x tau la..aku memilih untuk mendiamkan diri sampai dia cari aku..malas nak pk sebenarnyer..dan mmg malas pun nak terlibat dengan benda2 mcm ni..dia suka tapi aku tak suka..plz jgn paksa aku dengan benda yg aku x mau buat..bila terpaksa maksudnyer aku tak ikhlas nak buat...bila tak ikhlas ni aku akan buat kjer nak tak nak jer..so camner?nak paksa jugak ker..aduhai..klu sudah tertulis aku perlu terlibat dengan competition ni aku redha..siapa aku untuk menolak ketentuan yang telah tertulis..tapi jika aku diberi pilihan aku tetap mengatakan "T.I.D.A.K"..tapi persoalannyer boleh ker?????

Monday, March 09, 2009

CINDERELLA











When I was just a little girl
My momma used to tuck me into bed
And she read me a story
It always was about a Princess
In distress and how a guy would save her
And end up with the glory

I'd lie in bed and think about the person that I wanted to be
Then one day I realized the fairy tale life wasn't for me

[Chorus]
I don't wanna be like Cinderella
Sitting in a dark old dusty cellar
Waiting for somebody to come and set me free
I don't wanna be like Snow White, waiting
For a handsome prince to come and save me
On a horse of white, unless we're riding side by side
Don't want to depend on no one else
I'd rather rescue myself

Someday I'm gonna find someone
Who wants my soul, heart and mind
Who's not afraid to show that he loves me
Somebody who will understand
I'm happy just the way I am
Don't need nobody taking care of me

(I will be)
I will be there for him
Just as strong as he will be there for me
When I give myself then
It has got to be an equal thing

[Chorus]

I can slay my own dragon
I can dream my own dreams
My knight in shining armour is me
So I'm gonna set me free

(Like Cinderella
Old dusty cellar)
Waiting for somebody to come and set me free
I don't want to be like Snow White, waiting
For a handsome prince to come and (save me x6)

Saturday, March 07, 2009

Aku mahu membisu tapi aku tetap mahu

****Sukar untuk ditafsirkan perasaan ini..ada sesuatu yang sedang membelenggu diri ini..tiap kali aku cuba untuk menidakkannya, ianya tetap akan hadir..ibarat ada satu chemistry antara aku dan dia..haruskah aku membisu sedangkan aku juga mahu..tak mampu untuk aku berbicara..walaupun aku ingin mencuba ..namun terlalu berat untuk aku berkata-kata..satu yang ingin kudamba harapan jiwaku..hadirnya dirimu walaupun hanya bayanganmu yang menyentuh jiwa ini..adakah bererti diriku bagimu..akankah hatimu terbuka untukku..berikanlah kepadaku setitik perasaan itu..namun takkan hatiku berharap sehingga suatu saat nanti semua itu akan terjadi*****



p/s:orang duloo2 ckap diam maksudnyer setuju..tapi aper kaitan dgn cter di atas??layan kan ajeer..

Thursday, March 05, 2009

tak ader kjer..cari kjer..layankan ajeeer



Gambar ni baru jer diambil time kelas pg tadi dengan menggunakan hp seorang teman aku..dah x ader kjer bergambar jer la..ala2 model gitu???







this place akan jadi kenangan aku bila aku dah keluar dari unimap..aku boley stay berjam lamanyer di sini..teman penghibur hati yang lara..[kononnyer]






I love it..dari letak buku2, aku memilih meletakkn benda2 ni..semua ni kebanyakan pemberian dari teman2..





Ni plak pemberian seorang teman aku dulu masa aku nak keluar pindah ke mrsm time form 4 dulu..

Wednesday, March 04, 2009

Never Looked Back




Firstly...selepas berjaya meng"edit" gambar di atas menggunakan adope photoshope cs2 + power point 2007 aku terus menguploadkannyer di sini..nak tunjuk hasil kerja aku yang baru nak kretif sikit ni..hehe..sebelum tu, aku baru jugak meng"update"kan cerita bersiri yang juga merupakan episod terakhir kisah kenangan aku dan dia sewaktu ketika dahulu..dan sebelum itu jugak aku telahpun berjaya menyiapkan 1st draft report fyp dan assignment composite yang perlu submit miggu ini jugak..1st draft report tu sebenarnyer aku delay bper hari dah, padahal supervisor mintak hantar hujung bulan lepas..alhamdulillah aku berjaya menyiapkan full draft report tu..insyaaallah pagi esok aku akan hantar kepada supervisor kesayangan aku..selepas ni, aku mahu merehatkan diri untuk bangun awal pagi esok untuk ke lab dan menghantar my 1st draft report tu...dan sekarang sambil aku menunggu internet yang akan berhenti bekerja lebih kurang setengah jam lagi, aku mahu bersama blog kesayangan aku bercerita dan terus bercerita..cerita kali ni, sesuai dengan tajuk yang telah aku cipta "never looked back"..aku tahu ade teman yang merasakan aku terlalu mengenang masa lampau sehingga aku tidak memberi peluang sesuatu yang baru hadir dalam hidup aku ni setelah membaca blog aku ni..maaf bukan aku ingin jadi sebegitu rupa tetapi perkara seperti yang kalian harapkan belum lagi hadir dalam hidup aku ni..

C.I.N.T.A...aku tidak menolak sekiranya ia hadir, tetapi aku juga berhak untuk menolak sesiapa yang aku rasakan tidak sesuai atau serasi dengan aku..

D.E.M.A.N.D.. don't judge book by its cover..aku bukan seperti yang kalian fikirkan..tapi tak salah untuk aku ada sedikit perasaan itu..betul tak???aku masih ada kesedaran diri tentang itu..

M.A.T.E.R.I.A.L.I.S.T.I.K...aku bukan jenis orang ini..aku adalah aku..memandang seseorang kerana hartanya bukanlah cara aku...

S.I.A.P.A?????....Siapakah dia yang berjaya menawan hati ini biarlah menjadi rahsia di dalam hati..percaya pada qada' dan qadar..Jodoh pertemuan di tangan Tuhan..

Kenangan aku dan kamu [part 3]

+++++Pertemuan aku dengan kamu hari itu tidak sia-sia..tapi agak mengecewakan bila aku yang memulakan bicara dan kamu hanya mendiamkan diri ..soalan aku hanya satu.."adakah mahu meneruskan hubungan ini atau tidak"..agak lama aku menunggu jawapan dari kamu..mungkin kamu mengambil masa untuk berfikir untuk membuat keputusan agaknyer..kamu tahu waktu tu hati ini tidak lagi berharap..aku terima jika jawapan kamu "tidak" pada hari itu..sekurang-kurangnya aku mendengar sendiri dari mulut kamu dari hanya menulis kata perpisahan di atas meja aku dahulu..setelah agak lama aku menunggu jawapan dari kamu, seketika kamu mendongak sambil menggelengkan kepala..dan tika itu hati ini kembali berbunga..tidak sangka kamu masih sudi untuk meneruskan hubungan ini..selepas saat itu kita kembali kepada keadaan asal dan sekali lagi aku mohon maaf kerana hubungan ini tidak seperti pasangan lain..sebabnya telah pun aku nyatakan pada episod yang lepas..keadaan ini berterusan sehingga peperiksaan PMR..maaf aku terlalu fokus pada peperikksaan itu..tapi kamu tahu aku tetap merasa rindu dan teringin bertemu kamu selalu..walaupun jarak kita ketika itu tidak sejauh mana..tapi memori manis ketika lawatan kita ke p.pinang selepas exam pmr dulu merupakan satu kenangan manis yang tak mungkin dapat kulupakan..aku rasa kamu juga merasakanya..aku mahu singkatkan cerita ini..aku kira selepas PMR dulu masing2 membawa diri..aku ke ASBKJ dan kemudian berpindah ke mrsm di utara dan kamu kembali ke kg halaman (johor)...tapi kita masih berhubung dan mengekalkan hubungan kita walaupun jarak kita semakin jauh..kamu tahu kerana jarak kita yang semakin jauh itu jugak menyebabkan pelajaran aku semakin merosot..mungkin aku tidak lagi dapat menatap wajah kamu seperti dulu walaupun dulu aku dapat melihat kamu dari kejauhan, sedikit sebanyak memberi inspirasi kepada aku.. tapi kali ini aku langsung tidak dapat melihat kamu...aku menceritakan hal ini kepada seorang kawan kita dahulu, kamu tahu dari dialah aku tahu yang student teknik k.tinggi [tempat kamu belajar dulu] dibenarkan pulang ke rumah pada tiap minggu pertama dan ketiga [kalau x silap]..aku mengambil kesempatan itu untuk menelefon kamu di rumah..almaklumlah dulu msg2 x guna handphone.. so kalau bernasib baik kamu balik rumah dapatlah aku melepaskan segala rindu aku itu..kalau tak terpaksa la tunggu lagi minggu pertama dan ketiga bulan yang akan datang..kita bertemu kembali selepas asbt buat reunion lepas spm dulu..itulah kali pertama kita bertemu selepas habis PMR dulu..pertemuan seterusnya sewaktu aku di matrik melaka, ketika tu kamu di kuithho [uthm sekarang]...aku rasa boleh dikira berapa kali sahaja kita bertemu kan??selain itu hanya hp sahaja menjadi penghubung kita..sewaktu aku di sini kamu ada sekali datang waktu tu ada pesta konvo yang pertama di sini...aku juga ada turun ke tempat kamu [uthm]sewaktu "u" aku ada datang memberi bantuan untuk mangsa banjir di sana,dan sewaktu kamu kanvo aku turut turun..kemudian ketika kamu ada mewakili sukan olahraga di kawasan utara ni..yang paling aku ingat aku sanggup turun ke sungai petani dari perlis dengan menaiki bas semata-mata ingin berjumpa dengan kamu..dan rupa2nya itulah kali terakhir aku bertemu dengan kamu..sebenarnya hari ini dalam sejarah hidup aku [3 march 2009]genaplah kata perpisahan yang telah aku lafazkan kepada kamu kerana kesilapan besar yang telah kamu lakukan..hanya kamu yang tahu mengapa dan kenapa aku berbuat begitu..aku mahu kamu tahu betapa aku selama ini mempertahankan hubungan kita dahulu tetapi akhirnya berkecai begitu sahaja..terima kasih kerana memberi sedikit ruang kepada aku untuk berada di hatimu dulu..memberi aku merasai perasaan cinta dan sayang itu..kenangan aku dan kamu kini hanya tinggal sejarah dalam hidup aku..maaf bukan aku tidak lagi mahu menghubungi atau berkawan dengan kamu tapi demi menjaga hati ini lebih baik aku mendiamkan diri+++++


--------------------TAMAT------------------------

Monday, March 02, 2009

Rindu Padanya




Sejak terpandang wajahmu
Hatiku bertanya selalu
Siapa dia mengikat pandanganku

Seringkali dia berlalu
Di hadapan dan menyapaku
Sehingga hatiku seringkali merindu
Tak dapat ku melupakan dirinya
Terbayang wajahmu di mataku

Ingin ku tanya namanya
Tapi hatiku rasa malu
Tak terucapkan walau sepatah kata
Mungkinkah diriku telah dilamun cinta
Oh… hatiku resah selalu

Haruskah aku menyatakan
Perasaanku kepadanya
Mungkinkah dia kini telah berpunya
Getar hati makin terasa
Bila terdengar suara dan bertentang mata
Ku bagaikan bebunga kehujanan
Berkembang mekar
Di setiap ketika

Tidur malamku tak lena
Asyik teringat padanya
Bilakah mentari memancarkan cahaya
Hanyalah dirinya bermain diingatan
Oh…tuhan ku rindu padanya

Sunday, March 01, 2009

Blurr

Saya harap dapat bgn awal pg esok..saya harap saya dapat idea baru nak discuss report fyp saya..huh..aku tengah kebingungan sekarang..kehabisan idea dan info pasal fyp yg aku cari2 kat internet sume tak menepati ape yg aku mahu..senang ckp mmg tgh blurr skrang..adakah disebabkan kepenatan yang melanda menjadi punca ke"blurr"an aku ni..kenapa la disaat aku mula bersemangat untuk menyambung buat report aku ni sume idea2 x mau datang..aku kah yg bersalah kerana memilih waktu ini untuk membuat kerja [2.30am]..saat semua org sudah diulit mimpi indah..aku masih setia disini mengadap pc aku ni..padahal ni la masa yg biasa aku gunakan tuk buat kjer2 ni..tu la siang2 x mau buat..dah lewat mlm baru sibuk nak buat..tapi nak wat camner mood tu dtg tak menentu..agaknyer aku penat kot siang tadi gi tgk member berlari kat uitm arau..ape2 la..bukan wat aper pon penat jugak ker???duk bersorak jer pon..hai kalau mcm ni bila nak siap report aku ni..zzzzzzzzz..

...............by liiez......2:46 am, 1 march 2009....
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...