WELCOME TO MY BLOG

Thursday, April 02, 2009

APRIL FOOL???

Lupakan seketika cerita pasal Prom Nite...aku rasa sudah cukup 2 entri pasal prom nite ini.. teman2 laen juga turut bercerita perkara yang sama di blog masing2..


Entri pertama aku untuk bulan April..hampir aku lupa hari ni dah masuk 2 April..x tau mengapa memori ingatan aku semakin berkurang sampai hari pun boleh lupa..banyak berangan kot..



AKU SI PERAHSIA.
.bukan mudah untuk aku bercerita sesuatu dengan sewenang-wenangnya tanpa kerelaan daripada aku sendiri..dan mereka juga terpaksa menunggu aku membuka mulut dahulu sekiranya angin aku tiba-tiba berubah..tidak berani memulakan pertanyaan barangkali..takut kena marah katanya..



MAAF
bukan aku tidak mahu berkongsi cerita tetapi kadangkala aku juga perlukan privacy aku sendiri..pernah dulu aku bercerita tapi akhirnya aku sendiri yang menanggung malu..ibarat seperti membuka pekung di dada sendiri..jadi takut perkara yang sama berulang kembali..BIARLAH RAHSIA itu tersimpan di hati ini...



BILA AKU YANG MEMULAKAN CERITA..MAKA BIARLAH AKU SENDIRI YANG TAMATKAN CERITA ITU



HAPPY ENDING
..mungkin itulah pengakhiran cerita yang diharapkan.Namun aku kira cerita yang aku mulakan ini tidak sebegitu.Jika cerita ini dapat ditayangkan sudah pasti penonton perlu menyediakan berdozen tisu untuk menghapus segala air mata apabila melihat watak utama bijak memainkan peranannya.Namun cerita ini masih tergantung di tgh jalan..aku hanya dapat mengagak sahaja apa yang bakal terjadi..selalunya detik hati ini selalunya betul..maka aku ingin menamatkan cerita ini begitu sahaja dek kerna tidak tertahan lagi untuk menyimpannya di dalam hati..cukup-cukuplah setakat itu sahaja kisah itu..



AKU ADALAH AKU
..Selamilah diri ini andai dirimu ingin mengetahui siapakah aku yang sebenarnya....



2 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...