WELCOME TO MY BLOG

Thursday, February 12, 2009

CinTA dan KeHidupan

Mungkin tuhan sengaja mahu kita berjumpa dengan orang yang salah sebelum menemui insan yang betul supaya apabila akhirnya kita menemui insan yang betul, kita akan tahu bagaimana bersyukur dengan nikmat dan hikmat di sebalik pemberian tersebut.Apabila salah satu pintu kebahagiaan tertutup, yang lain akan terbuka tapi lazimnya kita akan memandang pintu yang telah tertutup itu terlalu lama sehinggakan kita tidak akan nampak pintu yang lain yang telah terbuka untuk kita.kawan yang paling baik ialah seseorang yang kita boleh duduk di dalam buaian dan kita boleh duduk bersama tanpa berkata apa-apapun dan kemudian berjalan pulang dengan perasaan bahawa itulah perbualan yang paling hebat yang pernah dialami.Memang benar kita tidak akan tahu apa yang kita rindukan sehinggalah kita kehilangannya dan juga bahawa kita tidak akan tahu apa yang kita rindukan sehinggalah “ia” datang kepada kita.Memberi seseorang seluruh cinta anda bukanlah satu kepastian yang mereka akan mencintai anda kembali, tapi sekiranya ia tidak pastikanlah ia terus mekar didalam hati anda. Ia cuma mengambil masa seminit untuk jatuh hati pada seseorang, satu untuk menyukainya, tetapi ia mengambil masa yang panjang untukmelupakannya. Jangan pandang pada kecantikan kerana boleh jadi ianya palsu.Jangan kejar kemewahan kerana ianya akan susut. Carilah seseorang yang boleh membuatkan anda tersenyum kerana ia Cuma memerlukan sekuntum senyuman mencerahkan hati yang suram.Akan tiba satu ketika di dalam kehidupan apabila anda teramat rindukan seseorang sehingga anda ingin menggapainya dalam dalam mimpi dan memeluknya dengan sebenar.Mimpilah apa yang anda ingin mimpikan, pergilah ke mana yang anda ingin tujui dan jadilah apa yang anda inginkan kerana anda hanya memiliki satu kehidupan dan satu peluang untuk melakukan semua perkara yang anda ingin anda lakukan. Semoga anda memiliki kebahagiaan yang cukup untuk membuatkan diri anda menarik, percubaan yang cukup untuk membuatkan anda kuat, kesedihan yang cukup untuk memastikan anda adalah seorang insan, dan harapan yang cukup untuk membuatkan anda bahagia.Selalu bayangkan anda di dalam kasut seseorang jika anda rasa ianya menyakitkan anda, fikirlah mungkin ia akan menyakitkan orang lain juga. Kebahagiaan seseorang juga tidak semestinya dalam mamiliki segala yang terbaik. Mereka hanya mambuat yang terbaik dalam hampir apa saja yang datang dalam hidup mereka. Kebahagiaan terletek pada mereka yang menangis, mereka yang terluka, mereka yag telah mencari dan mereka yang mencuba.Hanya mereka yang boleh menghargai kepentingan manusia yang telah menyentuh hidupa mereka. Cinta bermula dengan senyuman, mekar dengan ciuman dan berakhir dengan tangisan. Masa depan yang cerah sentiasa berteraskan kehidupan yang lalu yang telah dilupakan. Anda tidak boleh meneruskan kehidupan dengan sempurna sehingga anda melupakan kegagalan dan kekecewaan masa silam. Semasa anda dilahirkan anda menangis dan orang di sekeliling anda tersenyum. Teruskanlah kehidupan anda supaya apabila anda mati, andalah yang akan tersenyum dan orang disekeliling anda pula akan menangis.

Monday, February 09, 2009

"BILA NAK BUAT 1ST DRAFT REPORT NI"




buku2 yg berjaya dicari menggunakan opac



Bila aku terlalu addicted dengan blog ni terlupa plak yang aku ada keje yg lagi penting yg perlu aku utamakan..dari hari ke hari niat di hati mmg nak mula buat report projek tahun akhir yang perlu dihantar hujung bulan ni..tapi anasir2 luar terlalu kuat menggoda aku dan sekaligus buat aku jadi sedikit alpa..hari berganti hari tggal 3 mnggu lagi untuk bulan 2 berakhir..cukupker masa yg ada untuk aku siapkan report ni??..apa2 pun persediaan untuk buat report ni dah ada..ape erk??baru2 ni aku telah pun ke library mencari sumber2 yg perlu untuk membantu aku menyiapkan report ni..emm al-kisah kali ni, aku telah dapat mencari buku2 yg berkaitan dengan cepat dan mudah..nape eh??..hehe..sebenarnyer aku baru tau menggunakn kemudahan teknologi kat library tu dengan betul..kemudahan teknologi [opac] yg disediakan selama ni bg aku x bnyak membantu sehinggalah seorang kawan aku memberitahu aku cara sebenar untuk guna..hehe..bayangkan dah tahun akhir aku kat sini baru tau nak guna opac..bukan apa, biasanya buku2 yg aku nak cari tu aku dh tau kat mana letaknyer..magic kan..hehe..sebenarnyer kalau setakat nak cari buku berkaitan dengan bahan, komposit, polimer ker aku dah tau kat bhgn maner..so watper nak susah2 nak guna opac tu sedangkan kita dah tau tempat buku2 tu..apa2 pun thanks to my friend yg telah mengajar aku menggunakan opac tu..hehe..so bila dah pandai guna opac ni banyak buku yg aku nak, dapat dicari dengan mudah dan cepat..tapi untuk buku2 yg berkaitan dengan fyp aku ni, aku dapat 2 jer..so pinjam 2 jer la..then nak tambah koleksi buku yg aku pinjam, terasa nak baca novel..so aku pinjam satu novel melayu n satu novel BI ..total =4..emm tarikh nak pulangkan buku2 telah jatuh pada besday aku yg ke-23 pada bulan ni..guess bila erk?? k la stop kat cini dulu..emm lepas ni aku nak mandi dan tekad na mulakan penulisan report yg dah tergendala tu..tata


Senamrobik dan poco-poco bersama canselor unimap

Tarik nafas..1..2..3 hembus..hah

Kitaorang memang suka sgt bergambar..hehe


ni apehal la plak..si linda tiru gaya "orang belakang" tu



gaya ni idea dari dak linda ni.macam2 la..



friendship forever..thanks to ulum amik gambar ni..



time ni canselor tgh berucap..lepas senamrobik ada majlis penyerahan kutipan derma untuk mangsa perang di gaza kepada wakil nstp n utusan malaysia..time ni jugak pelancaran baju korporat baru unimap



b4 senamrobik ni..aper lagi posing

ni pun b4 senamrobik start..let me introduce my friends..dari kiri ala, linda, ina,kay n nad

The Journey to midvalley ( Jobfair..17-18 jan 2009)


Just me..nampak sopan kan??gambar ni selepas sepetang kat midvalley make up dah cair..hehe


"Sambil menyelam minum air"..kitaorang bukan semata-mata pg jobfair jer..siap jejalan lg..Dari kiri..baby, liz, linda n ala..thanks kat nasha tolong amik gambar kitaorang ni..




Ni la NASHA AIN (baju putih) ..sory la ala pinjam sat balak..hehe..Ada cter disebalik gambar ni..aku n nasha da posing agak lama jugak la nak amik gambar ni..nasha cam nak pi interview jer ni..



Masing2 da penat jln ni..mner x penatnyer habis sume kedai nak masuk..belinyer tak pun..huhu



time ni da x bper nak larat da seharian berjalan..tapi still boley tersenyum..manis gitu..hehhe..


p/s: Actually da lama nak mengupload gambar2 ni..tapi ader prob plak time tgh upload gambar2 ni..finally dapat jugak aku masukkan gambar2 ni dalam blog ni..

Tak Mungkin Kerna Sayang

Setiba di persimpangan,
Langkah kita tak lagi sehaluan
Bermula di saat itu
Tidak senada irama dan lagu

Begitu hidup ini
Tiada yang abadi
Yang patah tumbuh
Yang hilang berganti

Kau telah jauh, jauh dariku
Tiada ruang di hati buatmu
Namun harusku akui
Ada ketika di minda kau menjelma kembali

Sekali segala ada
Ada rindu yang datang tiba2
Tak mungkin kerana sayang
Cuma terganggu oleh perasaan

Begitu hidup ini
Tiada yang abadi
Yang patah tumbuh
Yang hilang berganti

Thursday, February 05, 2009

RaGAM SeMEster Akhir

i'M back..tbe2 mood nak nak menulis blog datang..baru lepas tgk movie..ni pun tgh m'copy movie2 yg ader...bnyak lg movie yg tak tengok ni..hehe..emm hari ni masuk hari ke-tiga aku berada di college ni selepas seminggu pulang bercuti..cuti terakhir untuk smester ni sebagai pelajar university..tak sangka masa terlalu cepat berlalu, pejam celik..dah 4 tahun aku di utara semenanjung menimba ilmu...dah banyak yang dah dipelajari..pengalaman apatah lagi..pahit,manis semua ada..biarpun pada awal kehadiran aku di sini tidak sepenuh hati tapi aku tetap gagah meneruskan perjuangan aku sehingga hari ini..macam-macam cerita dari awal tahun kemasukan aku di 'u' ni sehinggalah dah masuk tahun akhir hari ni ..awal2 masuk 'u' still blurr..yela belaja benda baru..tekanan datang bertubi2..bagi aku ambil masa yang agak lama jugak untuk aku cuba menyesuaikan diri di sini..dari tak suka kepada suka....so bila dah tahun akhir ni, bila teringat kenangan lama terasa sayang nak tinggalkan ..sayang nak tinggalkan kenangan bersama rakan2 di sini.. macam2 ragam..aku suka nak bercerita pasal ragam2 orang ni..apatah lagi budak2 perempuan..lelaki pun tak terkecuali..hehe..tahun pertama yang pasti budak2 perempuan still nampak cute2...almaklumlah awal remaja .tapi bila hari berganti hari..tahun berganti tahun banyak yang dah berubah..bukan berubah apa pun..hehe...dari segi fizikal apatah lagi..emm bila ckap tentang fizikal ni, isu "gemuk"@ "obesiti" @ "lebih berat badan" dah semestinya menjadi topik paling sensitif bagi perempuan....orang pompuan ni pantang ada orang cakap dia gemuk or "somthing like that"..hehe..kalau ada yg ckap mcm tu sure lepas tu dia nak diet..terkecuali aku..hehe [tipu la tu]..tapi perubahan luaran yang bleh dilihat penampilan..emm..kalau dulu tak pandai nak make up n bergaya, sekarang dah pandai..mmg boleh dibezakan la dulu dan sekarang..selain isu ni..dah tahun akhir dekat sini, bila usia semakin melewati usia remaja..kerisauan pasal kerjaya,jodoh sering menjadi topik perbualan..bukan apa sekarang la masa nak merancang..biasanya kalau dah habis belajar ni orang perempuan la yg paling cepat mengakhiri zaman bujang masing2..yang mana dah ader steady partner tu confirm la da berangan2..hehe..bukan apa keluar u pun dah umur berapa.....tunggu lama2 jadi andartu la plak..hehe..so orang2 lelaki di luar sana especially teman2ku yang mana nak menyunting bunga idaman hati tu siap sedia la duet hantaran..haha..tapi zaman moden ni sume tu bukan masalah besar bg perempuan..eh betul ker??..tepuk dada tanya la selera..ok la..sampai cini jer untuk episod kali ni..i need to sleep..pg esok ader kelas..

Wednesday, February 04, 2009

asal tak boley tido ni

da pukul 6:50pm ..aku x boley tdo gak dari td..pas balik dr lab igt nak rest jap tp tah mcm mner sampai skrg tak boley nak lelapkan mata..da macam2 gaya aku buat..pusing kanan,pusing kiri..last2 aku bangun balik..tension betul..padahal mata ni dah berair da..dia da bagi hint,maksudnyer aku kene tdo barang sejam dua...borink punye pasal, aku pun rajin lak nak bukak page ni..lama da aku tinggal since cuti raya cina ari tu..aduhai pagi tadi ada test composite..mlm tadi baru aku tau yang aku da banyak tggal kelas rupanya..da baca nota baru aku tau..hehe..total kelas composite yang aku penah pg=3 /5jam..patut la banyak benda yang aku tak tau..tapi disebabkan aku ni teror la jugak semua soalan test td berjaya dijawab kesemuanya.... [betul @ tak ,tak tau la]....emm k la..i will stop here..actually waktu bercuti hari tu macam2 benda aku nak masukkan dalam blog ni, tapi bila da ada depan pc ni..tak tau plak nak tulis ape..k la..continue later..tata
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...