WELCOME TO MY BLOG

Tuesday, July 06, 2010

Dia Terasa,Aku terluka

"Maaf, I tak dapat nak teruskan.I tak layak untuk U, U berhak dapat lelaki yang lebih baik.I rasa kita tak perlu teruskan hubungan ini untuk jadi lebih serius, I tak pandai hormat wanita.Itu silap I.maaf sangat. I takkan ganggu U lagi."
Bagai mahu gugur jantung ini bila perkataan ini keluar dari si dia yg aku kenali 15 hari yang lalu.Keterlanjuran kata diri ini membuatkan dia terasa sekaligus membuatkan aku sedikit terluka.Salahkah aku untuk ada sedikit perasaan keraguan dari seorang lelaki yang baru aku kenali?Salahkah aku untuk ada sedikit perasaan ketidakpercayaan kepada dia yang aku mula sayangi?Salahkah aku untuk jujur tentang siapa diri ini.Salahkah aku...Salahkah aku...Tatkala aku mula untuk menyulam perasaan sayang yang hilang 2 tahun yang lepas terhadap seorang lelaki durjana yang meninggalkan aku gara2 perempuan laen.Kehadiranmu secara tiba2 sedikit sebanyak mengembalikan perasaan sayang yg telah lama pudar itu. Bukan mudah untuk aku pamerkan perasaan sayang ini pada mana2 lelaki.Tapi hari ini aku kecewa bila kamu jujur untuk tidak lagi meneruskan hubungan ini.Kecewa dan terluka..Ibarat sudah kenal kamu terlalu lama.Menitis juga air mata ini..Lemah aku diperlakukan sebegini.Kenapa sukar untuk aku faham apa sebenarnya kaum "ADAM " ini mahukan. Pujukan aku tidak lagi dilayan.Aku dibiarkan terkapai-kapai mencari jawapan.Aku bahagia dan gembira untuk seketika..Ibarat mimpi di siang hari.Again aku KECEWA...



by:

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...