WELCOME TO MY BLOG

Wednesday, January 14, 2009

Dato' Siti, Welcome To Club 30!


PETIKAN DARI MURAI.COM:

Rasanya masih belum terlambat saya dan murai.com.my mengucapkan Happy Birthday kepada Dato' Siti Nurhaliza atau Mrs Khalid. Tentu ada yang ingat, semalam, 11 Januari, adalah ulang tahun hari lahir Dato' Siti kita itu yang makin bertambah cantik dan hangat.

Untuk itu kita ingin mengucapkan Welcome To Club 30 buat Siti. Club 30 itu tentunya merujuk kepada usia 30 tahun Siti sekarang. Pantas masa berlalu, Siti dulu hanyalah seorang anak dara sunti dari Kuala Lipis yang pernah menjual kuih dan sekadar mampu berulang alik dengan bas dari kampung ke Kuala Lumpur untuk mencari peluang menyanyi.

Tapi sekarang, lihatlah siapa Siti Nurhaliza. Seluruh Malaysia, Indonesia, Singapura dan Brunei Darussalam mengenali aura mahupun vokalnya yang sungguh hebat itu. Secara selorohnya, Siti kini bukan lagi naik bas tetapi sudah boleh beli bas malah stesen bas kalau dia mahu!

P/S: Suke sume lagu siti..

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...