WELCOME TO MY BLOG

Tuesday, July 06, 2010

Dia Terasa,Aku terluka

"Maaf, I tak dapat nak teruskan.I tak layak untuk U, U berhak dapat lelaki yang lebih baik.I rasa kita tak perlu teruskan hubungan ini untuk jadi lebih serius, I tak pandai hormat wanita.Itu silap I.maaf sangat. I takkan ganggu U lagi."
Bagai mahu gugur jantung ini bila perkataan ini keluar dari si dia yg aku kenali 15 hari yang lalu.Keterlanjuran kata diri ini membuatkan dia terasa sekaligus membuatkan aku sedikit terluka.Salahkah aku untuk ada sedikit perasaan keraguan dari seorang lelaki yang baru aku kenali?Salahkah aku untuk ada sedikit perasaan ketidakpercayaan kepada dia yang aku mula sayangi?Salahkah aku untuk jujur tentang siapa diri ini.Salahkah aku...Salahkah aku...Tatkala aku mula untuk menyulam perasaan sayang yang hilang 2 tahun yang lepas terhadap seorang lelaki durjana yang meninggalkan aku gara2 perempuan laen.Kehadiranmu secara tiba2 sedikit sebanyak mengembalikan perasaan sayang yg telah lama pudar itu. Bukan mudah untuk aku pamerkan perasaan sayang ini pada mana2 lelaki.Tapi hari ini aku kecewa bila kamu jujur untuk tidak lagi meneruskan hubungan ini.Kecewa dan terluka..Ibarat sudah kenal kamu terlalu lama.Menitis juga air mata ini..Lemah aku diperlakukan sebegini.Kenapa sukar untuk aku faham apa sebenarnya kaum "ADAM " ini mahukan. Pujukan aku tidak lagi dilayan.Aku dibiarkan terkapai-kapai mencari jawapan.Aku bahagia dan gembira untuk seketika..Ibarat mimpi di siang hari.Again aku KECEWA...



by:

Monday, July 05, 2010

Coretan awal july

Awal July 2010,

Bila masuk awal bulan jer aku sure gelabah..maksudnye masa dah berlalu dan tak mungkin berulang...takut nak menempuh masa depan.Kerisauan sentiasa membelenggu hidup aku.Macam-macam yg aku fikirkan..kadang2 buat aku susah hati pun ada.Terlalu berfikir mahukan itu dan ini tapi masih duduk sambil menunggu ape yg bakal terjadi tanpa sebarang tindakan pasti mustahil untuk dicapai.Ape lagi yg harus aku lakukan agar aku tidak lagi trasa untuk meluahkan entri sebegini lg..aku mahu mewarnai hidup2 aku seperti mana org laen. Aku juga ingin bahagia seperti mereka....sukarkah untuk aku gapai segalanya..demandkah aku untuk segala perkara sampai tak ada satu pun yg aku inginkan dapat digenggam.Aku begitu mengharapkan sesuatu sampai satu ketika aku kecewa sendiri..
"Dia" baru sahaja aku kenali..baru mula untuk menyulam perasaan kasih dan sayang..tiba2 timbul sedikit keraguan. Adakah ini hnaya maenan perasaan aku sahaja..Again... aku diduga untuk membuat pilihan lagi...aku tak mau hati ini dipermaenkan.cukuplah sekali..aku tak nak merasainya lg.
"Kamu" walaupun kamu sendiri tau situasi diri ini.kamu masih setia melayan segala kerenah aku yang tah ape2 ni. Jangan mengharapkan ape2 dari aku.Aku hanya insan biasa.Aku tak mampu untuk berikan perasaan "itu" lebih dari yang sepatutnya.Cukuplah sekadar berkawan dengan aku.
"Awak" maaf kerana sudah lama tidak berhubung sebab diri ini sendiri keliru dengan pilihan yang dibuat sekarang. Awak terlalu baek. Terasa diri ini tidak setanding kebaekanmu.
"HARAPAN" dan "IMPIAN" mohon berjalan seiring agar aku mampu sentiasa mengukirkan senyuman


by:

Thursday, June 24, 2010

Pagi yang indah

6:30 am..macam biasa bangun pg...waiting for my rumate kuar dr bilik air...sambil tu bley la bring2 dulu amek mood dulu b4 betul2 ready nak bgn..hehe..then bila rumate dah siap mandi giliran aku plak..alamak sejuk nyer air ni...rase lepas mandi nak capai selimut balik sambung tido..emmmm bestnyer...tapi lupakan hasrat tu..kjer2..cam biasa lepas mandi, solat subuh dan get ready prepare diri..touch up cikit...biasa 30 minute siap ler (make up 15 minute+15 minute tuk bersiap dr hujung kepala ke hujung kaki)..hehe..ari ni pakai kebaya hitam+kain batik+tudung oren + high heel hitam aku yg ada replika bunga tu...wah macam ni baru rase confident nak mulakan hari ini.. dah siap kuar rumah..my friend text me.."liza tggu kat kuarters nnti aku amek ko"..wah thanks sarah tak payah ler aku menapak ke kafe macam biasa...tak payah ler org nak pandang2 aku cam tak penah nampak org jer..kekeke...dah sampai office cam biasa ler..kemas2 cikit tempat aku..then mst gi toilet sbgai kewajipan aku pg2..haha..tapi bukan nak buang hajat k!!!!jangan salah paham tau..nak gi kemas2kan diri jer..betul2kan apa yg patut...kalau tudung ni senget ker..make up tebal sangat ker..bru senang hati nak wat kjer..haha..ok coz aku mmg tak amek breakfast, so aku decide gi pantri wat air..wat nescafe o tuk alas perut aku samentara nak tggu time tea break kul 10..tea break biasa aku brunch terus..beli makanan tuk cover tgh hari jugak..jimat cikit macam ni..dengan secawan nescafe o, aku mengadap PC en.Lan..online..yela tempat aku x der pc..laptop aku takder..so kena la lepak tempat org..so aku pun mengambil kesempatan sementara org empunya tempat ni tak datang lg..panjang jugak entri pg ni..tapi ape yg bestnyer pg ni???..hehe..pg2 dah dapat msej dr my laling2..malam td dah borak lamer gler...best tul tak sangka masih ada yg sudi melayan aku..nak serius ker???ala tggu lama cikit la..baru2 lg..layan jer kan..tapi bukan satu...tapi dua..haha..cari penyakit la ni...jap lg kantoi naya aku..


by:

Friday, June 18, 2010

arghh..tensen lagii.........


Takmo ader perasaan ni..tak suka..tolong la..saya cam nak balik tdo..takmo bgn2 rasenyer..nak mimpi indah2 jer


hati ini:





Wednesday, June 16, 2010

5 years as blogger


my first blog-cubaan kali pertama

http://lee-zha.blog.friendster.com/2005/08/

Satu hari aku bace blog aku yg lepas2..dari zaman mula study kat 'u' sampai sekarang.Kalau dibukukan dah boleh jadi novel pun..haha..geli lak (agak perasan).tapi best ape..bila bace balik..kenangan tu.kadang sampai aku lupa bila "kejadian itu" berlaku..aku akan teruskan hobi aku ni untuk simpanan hari2 tua (masa tu mesti geli hati bace tu pun kalau panjang umur ler).hanya mereka2 yg tertentu jer yg tau pasal blog aku.(coursemate aku la spe lg kan tu pun bukan semua ).


by:


Monday, June 14, 2010

Desperate job hunter


Dah banyak keje aku apply..tapi susah betul nak lekat..apa lg yg aku kena buat segala jenis kjer aku apply..dr kerani ke executive..takkan nak jd cashier lg kot..klu mintak confirm dapat nyer..hui letih jer jd graduan ni..kdg peluang nk kena tipu pun besar jugak bila dah desperate sgt nk kjer..Walaupun masa aku masih terisi sekarang, tapi aku masih perlu berfikir dan berfikir untuk memastikan tiada masa untuk digelar penganggur (tak wat pape)...bila x ada kjer tetap ni mmg2 dan sgt2 susah..mengharapkan elaun bulanan nak sara hidup mmg tak cukup..sementara nak tggu masuk sempat ler aku meminjam-minjam kt org dulu..bila dapat kena bayar hutang plak..ari2 berangan nak dapat gaji besar..nak beli itu ini..tapi aku mmg x bley terima bila my sis sendiri ckp aku memilih kjer..pastu siap wat comparison dengan org lain termasukla adik ipar dia n yang terdekat cousin aku yg dah jd lecturer katenyer lepas dua tahun kjer kat company cabok..bergelen air mata dicurah menahan amarah..dia tak tau susahnyer menjadi aku sekarang..dia cakap sebab dia dah senang ...cakap jer tolong nyer tak..dari habes belajar sampai sekarang aku support hidup aku sendiri..bukan aku tak usaha nak dapatkan kjer yg lg baek,tapi aku tak bertuah macam org laen..nak kena pk itu dan ini..kadang aku dak tak larat nak handle sume ni..rasa cam nak tdo je..down habes..x reti dah nak buat ape..adakah aku sememangnyer bernaseb sebegini selalu..kenapa aku yg bertuah ni yang dipilih..menyesalkah aku menjadi aku..subhanallah..







lakaran hatiku:

Friday, June 11, 2010

LAGENDA BUDAK SETAN


Membuai jiwa, meruntun perasaan, mengundang ceria segala suka duka terhimpun di sini. adakah senyuman yang tercipta atau airmata kesudahannya? hanya Tuhan yang menentukan segalanya. . . Lebih satu dekad Kasyah mencipta cinta. Dari lelaki yang tak pernah kenal erti kasih sayang. . . dia menjadi pencinta agung. Dia tabah mengharungi apa saja. . . demi sumpahnya mencintai ayu sehingga ke akhir hayat. Setulus manakah agaknya cinta seorang lelaki yang pernah dilabelkan sebagai budak setan kerana kenakalannya di zaman persekolahan? Namun, berjayakah dia menyunting Ayu menjadi permaisurinya? Akan bahagiakah dia? Mampukah dibuktikan pada dunia. . . cinta adalah segala-galanya! Cuma Ayu yang punyai jawapan itu. Dan, Allah sebagai penentu! Dan, siapakah pula Katerina?

Dari sebuah novel ke sebuah movie.Sejak diwar2kan di media aku nak sgt tgk movie ni.Movie ni telah beberapa hari ditayangkan di pawagam dan mengumpul kutipan sebanyak 2 juta dalam tempoh 5 hari.WOW..membuatkan aku tak sabar nak tgk..tapi bila la agaknyer.aku dah lama tak tgk wayang.Last movie yg aku tgk pun awal tahun lepas.Yela aku bukan kaki tgk wayang.Orang ajak baru ikut.Kalau tak nak pg sendiri tak ada la.tapi cter ni aku mesti tgk.Sorang2 pun aku tak kesah..haha..Sebenarnyer tak pernah baca pun novel ni.Tapi aku pernah dengar pasal novel ni dari seorang teman.Lepas dgr jer rasa macam best,tapi bila aku cari kat kedai2 buku tak pernah jumpa.aku harap aku akan memiliki satu novel ni..layan jiwang sikit.tapi aku pasti tak semua yg dalam movie ni sama atau erti kata laen sebijik cam dalam novel sebenar.Mesti ada kekurengan ckit.tapi takper nak tgk jugak..sekarang tgh pk nak ajak spe eh pg tgk cter ni..hehe







by:
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...