WELCOME TO MY BLOG

Monday, January 11, 2010

GATHERING 2010...TERUJA..TERKEJUT

friendship forever

my best friend




MY DIARI...

8 Januari 2010;2:30 pm

One of my friend,jemput aku kat rumah dan bertolak ke Kuala Lumpur.Lebih kurang 3 jam kitaorang sampai n stay dekat rumah kawan aku yg sorang lagi ni sementara menanti hari esok...actually turun KL just nak pendekkan perjalanan ke Port Dickson.Destinasi sepatutnya untuk dituju...

9 Januari 2010;9:00 am

..Perjalanan ke Port Dickson dari KL makan masa lebih kurang 1 jam setengah..sampai dalam pukul 10 setengah..seronok jugak dapat jumpe kawan2 lama ni..walaupun kehadiran tak menggalakkan..tapi yg ada ni pun x kering gusi bercerita tentang kisah masing2..lebih2 lagi bila terkenang zaman2 muda kami dahulu..Aku memang dah lama tunggu saat2 ni..TERUJA abis bila dapat tau nak wat reunion ni..

TAPI...apa yang buat aku TERKEJUT sgt2 bila x boyfriend bawak awek dia..setahu aku dia tak dtg..kalau datang sorang takpe..ni siap bawak awek n bermesra depan mata aku..HUH..sungguh mencabar kesabaran aku jer..tapi aku buat2 cool jer la walaupun hati dalam ni dah HOT..

Untuk Si Dia, kalau anda baca blog ni,(mmg aku sjer nak publish) i want to know ape motif u buat macam ni..for ur information, walaupun aku dah terima semua yg dah terjadi antara kita no need to expose ur gb depan kawan2 kita especially depan aku..i dont care itu adalah secara sengaja atau tak.

apa2 pun happy bila dapat jumpe kawan2..kecuali sorang hamba Allah ni yg buat spoil mood aku time tu..

TAMMAT...

Thursday, December 31, 2009

WELCOME 2010

FASA BARU BERMULA

Ibarat baru bangun dari mimpi, 2009 telah ditinggalkan..tinggallah segala kenangan..bertambah lagi sejarah dalam kehidupan..sejarah dan kenangan lalu biarlah menjadi memori indah dalam lipatan kehidupan ini..


YANG BAIK DIJADIKAN TAULADAN, YANG BURUK DIJADIKAN SEMPADAN…

SENYUM TATKALA KENANGAN ITU BEGITU INDAH

TANGISLAH ANDAI KENANGAN ITU MEMILUKAN

BAIKI SEGALA KESILAPAN

PULIHKAN SEMANGAT YANG HILANG

BERSATU DEMI KEBAHAGIAAN

BERJUANG DEMI KEJAYAAN

2010..harapan baru bermula..azam baru tercipta..mengejar mimpi yg tak kesampaian..huraikan segala kekusutan..tiada lagi menoleh ke belakang..berlari dan terus berlari..MOVE ON TRACK..

AKU,HARAPAN DAN ANGAN2 ,CITA2 DAN AZAM pasti bersatu menjadi satu..

Tuesday, November 24, 2009

Back to hometown

WAHHH...setelah sekian lama menyepi kini diriku kembali...

actually tak ada cerita yg menarik yg boleh aku gambarkan di sini..cuma sedikit pengalaman yg aku kutip sejak beberapa bulan yg lalu..buat teman2 yg dah lama tak dengar cerita aku tu sory bukan tak sudi menggempar-gempur cerita tentang diri ini tapi tidak ada yg menarik perhatian aku untuk berceloteh panjang seperti dahulu..

AKU YANG MASIH MENCARI "THE REAL LIFE"

Firstly.. "BACK TO MY HOMETOWN"..raya wei!!!..actually baru habis mengajar..pengalaman yang tak mungkin aku lupakan..percubaan aku yang pertama untuk menjadi seorang guru..bukan semudah yang disangka.Tempoh sebulan yg diberikan cukup menguji kesabaran aku..tapi alhamdulillah berkat kesabaran aku ni, berjaya jugak aku tempuhi keadaan itu.. now i'm free..nak cari keje ape plak ni...nak duk rumah sure borink punyer..huh..just waiting for the job come???..impossible...xper2 liza..sabar ok..banyak2kan berdoa k?insyaallah pasti ada satu hari nnti..

Tuesday, September 29, 2009

selamat hari raya aidilfitri

Selamat hari raya buat semua..blog ni da jarang update..tak ada masa sgt..sekadar melawat jer sekarang..nak bercerita tunggu aku betul2 ada mood ckit..ape2 pun di sinilah segalanya tercurah..just wait n see..mungkin kejutan demi kejutan akan diberikan..hehe..sempena bulan syawal ni..just nak ambil kesempatan untuk mengucapkan selamat hari raya aidilfitri maaf zahir dan batin buat semua yang mengenali diri ini..

Tuesday, August 25, 2009

CONGRATULATIONS







Firstly...ayat pertama yang aku nak cakap kat sini,CONGRATULATIONS to all my friends yg dah grad 15 august 2009 yg lepas..4 tahun bergulamang dengan nota2,exam,kelas dan seangkatan dengannya... akhirnya kita berjaya menggengam segulung ijazah..cita2 time kecik dulu.."nak belajar sampai ke menara gading"..dah berjaya pun..saat paling manis saat kaki melangkah ke dalam dewan di mana di situlah ibu bapa kita berada melihat muka2 bahagia dan berjaya masuk dengan bangganya..hampir menitis air mata ini saat itu..kenangan manis yg tak mungkin aku lupakan..sekarang masa untuk membina future life..lepas ni nak jadi ape yer????..persoalan yg bermain di kepala sekarang..

OK..this is my experince sepanjang menanti hari bahagia aku..aku rasa akulah org yg paling busy menguruskan segala persiapan untuk hari yg dinanti ni..bermula dengan persiapan untuk diri sendiri sampailah mengurus kehadiran family aku ke perlis untuk meraikan hari bahagia aku..ALHAMDULILLAH itulah perkataan yang aku patut ucapkan selepas pelbagai onak dan duri terpaksa aku tempuh..akhirnya segalanya berjalan dengan lancar...thanks kepada teman2 yg membantu secara langsung dan tak langsung..

12/13 august 09-CUTI..nasib baik manager approve cuti aku..kalau tak ponteng jer..peduli ape aku..bertolak dari pahang ke kl dengan bad..jumpe ina dekat kl..aku,ina n alida gether sekali ke perlis dari stesen bas jalan duta..kitaorang sampai seawal 4 pg..melangut kat stesen bas tak tau nak wat ape..then pg baru check in hotel kat kangar..waiting for linda n kay dari baling.kedah..pukul 12 baru diorang sampai..lunch sekali..then amik jubah..ok this time la nak nampak muka2 yg dah lama x nampak sejak habis belajar 3 bulan lepas..then lepak2 kat wang ulu..amik gambar..



RAPTAI..ingatkan ade raptai betul2..sekali taklimat biasa je..rugi aku mintak cuti awal..kalau aku tau baik aku datang lambat sikit pun takper ngan family..hari jumaat plak..waiting for my family..ptg baru sampai..so igt nak ajak gi padang besar dah tak sempat..malam je kuar makan kat kuala perlis..melantak sampai nak muntah aku..

HARI YANG DINANTI..awal2 pagi aku dah siap..bawak family pergi breakfast kat kangar dulu..bukan ape lama nak tggu tgh hari baru majlis habis..dekat dewan 2020, dapat jumpa kawan2..tu pun sekejap jer dapat sembang..then terus rush masuk dewan..habis majlis sume keluar dewan cari family masing2..time ni mana yg sempat jumpe jer la dapat bergambar..frust tak ade gambar kelas sebenarnyer..aku pun rush nak balik petang tu jugak..actually singgah kuala kangsar,tido semalam kat sana then sambung perjalan pagi ahad..singgah rumah kakak kat shah alam..ptg ahad baru aku bertolak balik pahang..

ISNIN- masuk kerja..tapi esoknyer mc tak dapat masuk kejer 4 hari..letih n tak sihat..risau jugak kalau2 kena H1N1..bukan ape tanda2 tu ada..lagipun baru balik dari perlis, tempat public plak tu..kemungkinan nak kena tu mmg besar..kena la aku dikurantinkan kat rumah 3 hari..alhamdulillah setakat ni demam aku pun dah kebah..tggal batuk2 jer..tapi masih berjaga-jaga..

apa2 pun memori indah ni tak mungkin aku lupakan..to all my friends good luck for ur future life..makan nasi minyak jangan lupa jemput nanti..

Wednesday, August 05, 2009

NOTHING

emmm..actually time ni aku kat office curi2 masuk this blog..big bos tak ade..so wat cam rumah sendiri la yer...ni pun ttbe jer aku try n bley masuk plak bog ni..tau2 jer la x sume address bley masuk..banyak yg kena block..kecuali hal2 keje berkenaan dgn company jer..tkut2 gak sebenarnyer ni nak guna.. hehe..ala kje dah settle lg pun..tggu nak balik jap lg (10.30pm)...tomorrow kena replace receiving clerk coz dia amik cuti sehari..risau gak..selalunya aku sekadar membantu jer klu ada free time..salah terima barang habis arr..x bnyak yg dpt aku ceritakan di sini..i need to stop here...daaaa

p/s:x sabar nak turun perlis..nak jumpa kawan2 next week..

Sunday, August 02, 2009

life is not easy as u think..

Actually,I don't have any idea to write something here..serabut pk macam2..masa aku sangat terhad untuk berceloteh panjang di sini..time kje rase macam2 benda nak diluahkan ..tapi bila dah ade peluang idea2 tu hilang mcm tu je...

IMPIAN..nak capai target yg diimpikan terlalu jauh sekarang..tapi aku tak boleh gelojoh untuk capai apa yang aku nak..kesabaran perlu diutamakan sekarang..walaupun kadang2 terfikir sejenak adakah keputusan yg aku buat sekarang betul dan berbaloi..segalanya terserah pada aku sebenarnya untuk menentukan hala tuju hidup aku ni...tapi kadang2 aku perlukan khidmat nasihat seseorang..aku letih untuk melakukan tindakan dan buat keputusan sendiri..walaupun ada yg menyokong...sbb aku tak pasti jalan yg aku pilih ni adakah betul atau tak...terlalu berserah kepada takdir pn tak semestinya itu yg kita mahukan dalam hidup ni...kita mampu mengubahnya menjadi lebih baik..

Tuhan ..bantulah aku...permudahkan perjalanan hidup aku..amin...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...